Friday, September 19, 2014
Assalamualaikom
Teks ; zawiah daud
Kampung adalah tempat yang sejahtera.
Pada Sabtu lepas 13/09/2014 kami balik kampung lagi . Ssemenjak akhir akhir ini agak kerap kami balik kampung.
Perjalanan balik kampung kali ini kami tidak melalui jalan biasa untuk ke Pantai Timur. Kami melalui hiway Utara - Selatan . Sampai di persimpangan dan tol simpang Pulai kami masuk ke sana untuk ke Cameron Highland. Dari Cameron Highland kami terus ke Gua Musang . Dari sana pula kami terus pula ke Dabong / Jeli keluar ke Rantau Panjang .
Walaupun perjalanan agak jauh sedikit lebih 50km, tetapi perjalanan kami agak selesa kerana jalan disini dua lorong dan kurang kenderaan dan kurang lori lori balak yang lalu lalang . Kami suka menikmati suasana kampung yang amat tenang. Melihat lihat perkampungan orang asli yang jauh di kawasan pedalaman . Agak menenangkan dan mententeramkan jiwa kami.
Walaupun kurang kenderaan masih perlu juga berhati hati . Keadaan bukit yang tinggi juga amat menggerunkan dengan jurang yang dalam dan bergaung . Dalam keadaan yang tenang pun , tidak kurang juga kenderaan yang kemalangan . Nauzubillah himinzalik .
Saya suka balik kampung . Adakalanya selepas balik kampung kesihatan agak menurun sedikit mungkin juga kerana kepenatan atau sebaliknya . Kami anak beranak memang berjiwa kampung.
Tuesday, September 9, 2014
Jangan Bersedih
Jangan Bersedih
Allah kan ada.
Inilah video yang telah berapa lama dalam simpanan saya . Apabila saya merasakan hidup ini terlalu perit dan lelah inilah video yang saya tatap.
Ujar Dr Asri , bila Allah bekehendakkan kebaikan untuk kita , dunia tidak boleh berbuat apa apa .
Sunday, September 7, 2014
Tips Ceria Sepanjang Hari
![]() |
| happy |
Teks : zawiah daud
Foto : google imej
Mood kala bangkit pagi akan membuatkan mood kita ceria atau sebaliknya.
Jika kita bangun berasa letih dan cepat marah, kita cenderung untuk kekal malas sepanjang hari. Jika kita mempunyai sesuatu yang dirancang untuk hari ini daripada kita harus bangun dan 'menenangkan' diri kita . Semua mood kita bergantung kepada berapa baik kita tidur (value) dan bagaimana kita bangun pada waktu pagi. Kita perlu mempunyai kekuatan dan stamina untuk melalui tugas-tugas harian dan untuk itu kita perlu ada satu pagi yang segar dan sihat.
Mari kita lihat dari aspek Islamik bagaimana untuk terus kekal berstamina dan kekal bersyukur untuk tugasan kita seharian itu.
![]() |
| baby sleeping imej : google |
1 . Tidur yang berkualiti .
Masa tidur untuk orang dewasa memerlukan 8-9 jam. Namun sekarang rasa saya sudah susah untuk mendapatkan tidur yang mencukupi sebegitu . Melainkan 6-7 jam sudah agak mencukupi.
Rehat dan tidur yang betul mencukupi .
Dahulu saya amat susah untuk mendapat tidur yang lena dan betul segar untuk bangkit seawal pagi .
Saya di ajar oleh Ustaz , dan ia adalah amalan Sidna Nabi s.a.w
Sebelum tidur malam
Duduk sekejap sambil membaca
Al Fatihah 3x
Ayatul Qursi 3x
Qul ahad 3x
An Nas 3x
An Falaq 3x
Alhamdulillah sudah hampir beberapa tahun saya amalkan ini. Saya mendapat lena yang rasa cukup dan tidak dihambat mimpi ngeri dan menakutkan .
Seawal bangkit pagi saat mencelik mata zahirkan di hati kita kesyukuran .
Dapat menghirup udara ,dapat melihat, dapat mendengar .
Apabila memijak lantai pula, ucap syukur kerana Allah izinkan kita memijak buminya .Ucaplah kesyukuran dengan penuh kejiwaan .Bukan sekadar di mulut. Kerana sadar itu dihati bukan di mulut .
Inilah amalan nya . Nah silakan kita mengamalnya .
Saya ingin berkongsi , kerana dalam 1000 yang mendengar tidak semua yang mahu mengamalnya. Jika seorang yang mengamalnya ianya sudah cukup menggembirakan .Inilah pahala saya !
![]() |
| imej : google feeling free (empowered) |
2. Rasa Bebas
Kita merancang ribuan perkara semasa kita berbaring untuk tidur . Pelbagai dan seterusnya kita merasa serabut dan begitu kita susah untuk lena . Dari yang gembira kepada ynag perkara memeningkan.
Bagaimana untuk elakkan benda benda ini semua ?
Sebelum tidur kita ambil sekeping kertas , tulis dan catit apa yang kita ingin lakukan esok hari . Inilah caranya untuk elakkan otak kita berserabut tidak tentu pasal.
Amalakan memaafkan semua orang .
Terlebih dahulu maafkan diri sendiri.
"zawiah , aku maafkan kamu zawiah"
aku maafkan semua orang.
aku maafkan ( sebut nama orang yang paling kita marah ).
Percayalah !
Memaafkan adalah satu ubat yang paling baik . Ia adalah pengubatan yang holistik .
Ia adalah ubat hati yang paling istimewa.
![]() |
| yoga imej :pintereset |
3. Senaman atau Yoga
Membuat senaman ringan amat menyegarkan minda dan badan sebelum tidur .
Percayalah ! Ianya memudahkan kita untuk mendapatkan tidur yang berkualiti .
Disini saya sertakan beberapa jenis Yoga yang sering saya amalkan.
Biar sedikit asalkan ianya istiqamah .
4. Sarapan yang sihat
Perut kosong pada waktu pagi mengalihkan perhatian anda dan memecah tumpuan semasa kita bekerja, dan membuatkan kita hanya berfikir tentang makanan. Jadi mempunyai sarapan yang baik membuatkan kita berasa segar dan aktif sepanjang hari.
Kita perlu makan sarapan yang sihat setiap hari. Jika ada antara kita yang sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan, sarapan yang sihat adalah perlu. Sarapan seperti cecair yang kaya dengan nutrien seperti jus atau shake juga bijirin kegemaran anda.
Gantikan minuman yang biasa diambil kepada jus atau shake yang sehat . Milo ditukar kepada koko tamar . Jus dan shake yang di blend sendiri adalah baik untuk pelawasan . Jus mangga dan strawberi adalah sangat sedap dan mengenyangkan ditambahkan pula dengan yoghurt . Tentunya mengenyangkan.
Cubalah beralih dari supplement yang terdapat di farmasi kepada makanan "wahyu ".
Habatusauda , jus delima dan jus kurma serta extra virgin olive oil sememangnya makanan sunnah Sidna Nabi s.a.w.
Sarapan dan corak pemakanan kita adalah berkait rapat dengan kesihatan kita.
5. Persekitaran dan keadaan tempat tidur
Tempat tidur yang selesa adalah keutamaan . Kita akan selesa tidur di tempat beradu kita jika ianya bersih dan tenteram .
Elakkan dari bermain henfon dikala ingin tidur. Jangan letak henfon anda disekitar tempat tidur . Jika ada access intenet tutupkan laluan intenetnya . Kain baju yang berselerak di tempat tidur juga menganggu minda kita untuk rasa tenang .
6. Mendengar Muzik
Muzik membantu mewujudkan persekitaran tenaga positif . Muzik juga membantu kita berasa segar dan bertenaga kerana kita akan berada pada " tune " gembira.
Dikatakan bahawa muzik boleh merangsang otak kita.
Dari sudut Islamik , cuba kita mendengar alunan bacaan Al Quran dan Zikir . apa yang kita rasa?
Tentunya ia menerbitkan ketenangan yang sukar di ucapkan dengan kata kata.
Saya lebih cenderung mendengar daripada menonton televisen . Kerana saya adalah orang audio .
"True change has to come from the inside".
![]() |
| Add caption |
7. Minum air kosong
Minum segelas air kosong kala bangkit pagi dapat memberikan permulaan yang baik . Pernah saya mendengar dari seseorang ianya cara untuk awet muda . Minumlah air kosong seawal bangkit pagi . Ianya tidak perlukan bayaran yang mahal . Cukup sekadar kita istiqamah untuk kita kekal awet muda dan cantik.
Memulakan sesuatu yang baik adalah bermula dari niat. Niatkan untuk kesihatan .
Dan amalkan berselawat. Mudah2an yang indah indah adalah milik kita .
8. Relaxing
Cara dan teknik pernafasan yang betul membantu kita untuk rilex dan tenang .
Jika kita marah , perhatikan nafas kita. Turun naik dengan cepat.
Cara pernafasan yang betul adalah kita sedut dengan hidung hembus dengan mulut . 'Lakukan sebanyak 10 kali. Dalam keadaan ini kita akan berada pada tahap alpha. Pada tahap alpha kita mampu bertenang .
Caranya adalah : -
Sebelum bermula ucaplah Bismillah , Salawat dan Al Fatihah ( ini saya pelajari dari guru saya )
1. Sedut 2x dengan hidung
2. Tahan nafas 5x
3. Lepaskan nafas 8x hingga berbunyi "hah "
Ulang sebanyak 10 kali. Apa yang anda rasa?
Alpha kan ? Rasa kosong dan tenang !
Berlatih lah untuk tingkatkan relaxation kita ini .
Kita mampu bermujahadah bila kita berada senantiasa dalam ketenangan dan alpha !
Ianya umpama meditasi yang amat baik .
Amalan yang istiqamah mampu membawa kita kepada kejayaan yang besar.
Doakan kita sentiasa mampu beristiqamah .
Jumpa di lain entri .
Doakan saya ya sahabat .
zawiah daud
p/s
Fuhhh, saya mencabar diri .
Menulis entri ini memakan masa 4 hari sambil membuat kerja rutin rumahtangga dan
sambil mencari bahan penulisan .
Friday, September 5, 2014
Masak memasak
| ayam bakar |
Teks : zawiah daud
foto : hp lenovo
Hari ini 5/09/2014
Saya merancang rancang untuk memasak hari ini . Sudah lama rasanya tidak memasak masakan kegemaran suami dan saya sendiri . Asyik makan yang simple simple sahaja.
Makan dikedai rasanya tidak kenyang kerana ianya tidak berapa menepati citarasa kami yang agak simple .
Wishlist untuk saya masuk dapur hari ini ;-
1. Masak nasi lemak sambal sotong
Sotong yang dibeli tadi di pasar UTC, sungguh terekejut dengan harganya .
RM10.00 untuk 5 ekor sotong !
RM8.50 untuk 500gm .
2. Buat kek sarang semut .
Kek ini saya suka sangat, sebab ia tak muak.
Boleh makan banyak banyak .:)
Dan tentunya ianya seronok sebab dapat masak dengan penuh kasih sayang .
Insya Allah saya cuba kongsikan resipinya .
Thursday, September 4, 2014
Allah lah SegalaNya
![]() |
| suasana di belakang rumah ,ditepi taliair. |
Teks : zawiah daud
foto : hp lenovo zawiah daud
Allah lah Perancang Terhebat .
Agak susah juga untuk mencari rentak dan hendak kembalikan rentak menulis.Dengan kejadian yang agak sedih juga bercelaru mood menulis ini menurun . Menulis juga perlu melayan emosi yang stabil.
Untuk menulis entri ini beberapa hari saya buka dan tutup pc. Mengetik ngetik keyboard tanpa ada idea yang bernas. Pening juga saya .
Semenjak selepas Ramadhan dan bermulanya bulan Syawal saya asyik berulang alik balik kampung . Minggu ke2 selepas hari raya itu , baru sahaja sampai ke KL dalam 2 hari saya menerima panggilan , nenek saya kembali ke rahmatullah . Selepas berunding dengan suami saya perlu pulang berseorang dengan flight Firefly untuk pulang ke Kelantan . Alhamdulillah walaupun penerbangan pada kali itu agak membimbangkan namun kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa Kelantan .3hari disana sempat menghadirkan diri untuk tahlil arwah .
2hari balik dari kampung ,sekali lagi kami menerima panggilan telefon dari abang ipar di kampung , ayah mertua sedang tenat . Bergegas pula kami balik kampung . Tanpa anak anak yang semuanya sudah di asrama . Kami berdua pulang ke kampung.
Betapa sayu dan sedih melihat ayah mertua yang telah lama saya kenali dan sanjungi . Terbaring lemah dan mengaduh kesakitan . Kami adik beradik bersepakat membawa ayah ke hospital walaupun mendapat bangkangan dari adik beradik lain. Almaklum adik beradik ramai ada yang bantah ada yang terima.
Selepas balik ke KL dalam masa 10 hari, sekali lagi mendapat panggilan seawal 8.50 pagi hari Khamis 28/08/2014 bahawa ayah mertua sudah kembali kepada PenciptaNya. Al Fatihah buat arwah abah Che Omar bin Ahmad . Selama 85 tahun Allah menjaganya dan kini arwah abah pulang ke tempat abadinya .
![]() |
| arwah abah che omar bersama suami (anaknya yang ke 3.) |
Masih terbayang wajah arwah ayah mertua dimata ini . Hampir 2 tahun abah tidak dapat berulang alik ke masjid . Sebelum ini rutin beliau 5x sehari ke masjid adalah wajib.
Mudah2an Allah menempatkan Arwah abah Che Omar ke tempat dan bersama golongan yang Allah ridho.
p/s mudah2an saya akan bercerita lagi kebaikan arwah ayah mentua saya ini .
Meraih Ridho Allah
zawiah daud
I write to inspire others.
Tuesday, August 26, 2014
Cabaran berblogging
Teks: Zawiah Daud
Foto : Akademi bekerja dari rumah.
Masih jauh perjalanan saya . Baru ada 11 entri . Saya diberi homework dan assignment untuk siapkan 44 entri. Saya juga merasa teruja sekali dibawah bimbingan ABDR ( Akademi bekerja dari rumah ).
Guru saya Puan Aishah Hussein sangat berdedikasi sekali memberi tunjuk ajar.
Saya akan guna kan dengan sebaik nya bimbingan yang diberi kan ini.
Cabaran berblogging saya ini harus diteruskan untuk penjenamaan diri, belajar untuk terus konsisten menulis dan menulis.
Beberapa tips yang diberi kan saya baca dan hadam kan ia untuk kefahaman .
Monday, August 25, 2014
Tudung dan Perniagaan
teks : zawiah daud
foto : zawiah daud
Tudung dan Perniagaan .
Untuk entri Inspirasi Bisnes kali ini saya ingin bercerita berkenaan tudung. Sebenarnya banyak betul fesyen tudung yang berada dipasaran sekarang ini . Ada yang saya minat dan tidak kurang pula hanya sekadar melihat lihat sahaja.
Saya lebih kepada memakai dan mencari tudung yang tidak terlalu ranggi . Suka yang jenis labuh dan bershaja disamping masih menampakkan kesopanan dan nampak agak anggun dan sopan.
Susah juga mahu menepati citarasa ini . Kebetulan ada kenalan rapat memang mengambil upah menjahit. Kami berbncang dan sama sama mendesign tudung yang agak menepati citarasa sendiri untuk dipakai.
Bertitik tolak dari sinilah kami membuat rancangan untuk mengeluarkan tudung sendiri dengan design dan jenama sendiri . Saya suka berpegang pada prinsip belajar sambil bekerja dan bermula lah dari bawah . Permulaannya kami menjual tudung tudung yang dibeli di Jalan TAR sahaja.
Saya juga suka berkongsi jika ada suri rumah yang ingin menambah pendapatan . Sebenarnya tudung tudung saya ini dipasarkan oleh saudara saudara yang terdekat sahaja yang merupakan guru guru sekolah. Rupanya ramai juga yang suka design dan pattern tudung kami ini . Sekarang cabarannya ialah masa, modal dan konsistensi untuk istiqamah meneruskan jahitan dan jualan tudung ini sahaja. Permintaan sudah ada. Kegagalan pula dipihak kami untuk terus terusan membekalkan tudung atas sebab utama pencarian kain dan warna yang gagal menepati citarasa kehendak pemakai tudung . Dan kadangkala nya penjahit juga tidak dapat menjahit untuk jangka masa panjang .
Sebenarnya rasa seronok sungguh melihat ramai yang meminati tudung ini dan juga salah satunya saya dapat memenuhi syariat ugama iaitu menyediakan tudung labuh untuk muslimah dengan motto kami ANGGUN. CANTIK. BERGAYA .
Berniaga itu seronok . Modalnya hati kental .
Kalau boleh teruskan dan istiqamah . Insya Allah kita sama sama berjaya .
Mudahan amal kami ini diterima Allah .
Doakan perniagaan kecil ini bakal berkembang maju dan besar untuk saya sama sama membantu ummah dan suri suri menambah pendapatan .
Subscribe to:
Posts (Atom)









.jpg)




