Monday, August 25, 2014

Tudung dan Perniagaan



teks : zawiah daud
foto : zawiah daud


Tudung dan Perniagaan .

Untuk entri Inspirasi Bisnes kali ini saya ingin bercerita berkenaan tudung. Sebenarnya banyak betul fesyen tudung yang berada dipasaran sekarang ini . Ada yang saya minat dan tidak kurang pula hanya sekadar melihat lihat sahaja.
Saya lebih kepada memakai dan mencari tudung yang tidak terlalu ranggi . Suka yang jenis labuh dan bershaja disamping masih menampakkan kesopanan dan nampak agak anggun dan sopan.
Susah juga mahu menepati citarasa ini . Kebetulan ada kenalan rapat memang mengambil upah menjahit. Kami berbncang dan sama sama mendesign tudung yang agak menepati citarasa sendiri untuk dipakai.

Bertitik tolak dari sinilah kami membuat rancangan untuk mengeluarkan tudung sendiri dengan design dan jenama sendiri . Saya suka berpegang pada prinsip belajar sambil bekerja dan bermula lah dari bawah . Permulaannya kami menjual tudung tudung yang dibeli di Jalan TAR sahaja.

Saya juga suka berkongsi jika ada suri rumah yang ingin menambah pendapatan . Sebenarnya tudung tudung saya ini dipasarkan oleh saudara saudara yang terdekat sahaja yang merupakan guru guru sekolah. Rupanya ramai juga yang suka design dan pattern tudung kami ini . Sekarang cabarannya ialah masa, modal dan konsistensi untuk istiqamah meneruskan jahitan dan jualan tudung ini sahaja. Permintaan sudah ada. Kegagalan pula dipihak kami untuk terus terusan membekalkan tudung atas sebab utama pencarian kain dan warna yang gagal menepati citarasa kehendak pemakai tudung . Dan kadangkala nya penjahit juga tidak dapat menjahit untuk jangka masa panjang .

Sebenarnya rasa seronok sungguh melihat ramai yang meminati tudung ini dan juga salah satunya saya dapat memenuhi syariat ugama iaitu menyediakan tudung labuh untuk muslimah dengan motto kami  ANGGUN. CANTIK. BERGAYA .

Berniaga itu seronok . Modalnya hati kental .
Kalau boleh  teruskan dan istiqamah . Insya Allah kita sama sama berjaya .

Mudahan amal kami ini diterima Allah .
Doakan perniagaan kecil ini bakal berkembang maju dan besar untuk saya sama sama membantu ummah dan suri suri menambah pendapatan .

No comments:

Post a Comment