Tuesday, December 16, 2014

Tips Mudah didapur



foto : zawiah


Saya memang tanam niat untuk masak sendiri dan makan masakan saya bersama keluarga.
Tapi kekadang terbabas juga niat itu .

Saya lebih suka masak sendiri kerana merasa kan ianya lebih kenyang dan rasa puas memakan hasil tangan sendiri.


Ini cara saya menyediakan bahan bahan . Biasanya orang panggil ibu sambal.

Saya tumis cili kering blender , masak ia hingga elok kering kemudian masukkan bawang besar yang diblender pula.
Masak lagi hingga kering dan masak.
Kemudiannya saya cedok dan simpan dalam tuperware dan simpan ia di peti ais.

Apabila ingin masak asam pedas, masak sambal , saya hanya cedok "ibu sambal" tadi.
Tumis ia dengan sedikit minyak dan masaklah seperti biasa,

Sungguh cepat dan mudah urus masa untuk memasak di dapur.

Selamat mengurus masa dan tanamkan niat untuk terus masak untuk keluarga tersayang kita.

Masaklah dengan kasih sayang.
Ia bukan sekadar sambal, masak lah dengan zikir dan kasih sayang .

Wednesday, December 10, 2014

Cerita Si Peminta Sedekah


Masya Alloh, sebulan sekali saya menulis.
Bila saya dapat habiskan assignment saya ini ?


----------------------------------







foto : saya print screen dan edit di paint dan save.




Terpanggil untuk saya ceritakan serba sedikit berkenaan sedekah .

Pada sabtu yang  lepas, saya bersama suami  menghadiri majlis kahwin.
Musim cuti sekolah adalah musim nasi minyak !

Hala perjalanan kami adalah ke Sg Buloh .
Tiba di hentian traffic light, dalam panas matahari ada peminta sedekah.
Datang ke tepi tingkap kereta kami.
Saya memang tidak boleh melihat peminta sedekah dan orang susah. Hati saya turut merasa sedih dan terharu sangat.

Saya terus memberitahu suami, saya nak beri sedekah.
Dan saya pun hulurkan note kertas dua keping  2.00 melalui cermin tingkap yang dibuka.
Pada masa itu kedengaranlah si peminta sedekah itu menangis. Tangan nya capek , mukanya merah kerana panas tengahari.
Kaki nya terhencot hencot. Ya, dia seorang OKU .

Saya beritahu suami, alangkah bertuahnya saya berada dalam kereta ber aircond dan punya rumah juga suami dan anak anak.
Suami juga terkesan dengan si peminta sedekah tadi. Kami turut berasa sedih .
Oh ya, peminta sedekah itu rasa saya seorang Bangla.




foto : google




Kami melalui jalan yang sama setelah selesai di tempat kenduri untuk balik ke Kuala Lumpur semula.
Sekali lagi kami berhenti di hentian traffic light yang sama .


"Bang, bukan kah yang itu yang meminta sedekah tadi?" 
"Ada 2 orang". Ujar suami. 
"Ya, yang sorang tadi tu, agak kurus dan tinggi."
"Yang ini kecik .Tapiiii.....tadi ..."

Arghh...tetiba si peminta tu , dengan seberapa segeranya bertukar menjadi OKU.
Tanganya tetiba capek dan kakinya terhencot hencot.

"Bang..ya lah orang tadi."

Saya sudah pasti .
Tercengang dan tiada sepatah kata lagi.

Tapi walaupun begitu hati kami tenang, kerana kami sudah serahkan segalanya pada Allah .


"Ya bang, kita maafkan dia."ujar saya.


"Dia pergi makan, dia lapar."
"Ya, tidak mengapalah bang kan."

"Kita sudah laksanakan bahagian kita."
"Seterusnya dia dengan Allah saja ."




Bersodaqoh pahalanya sepuluh, memberi hutang (tanpa bunga) pahalanya delapan belas, menghubungkan diri dengan kawan-kawan pahalanya dua puluh dan silaturrahmi (dengan keluarga) pahalanya dua puluh empat. 
(HR. Al Hakim)



Semoga amal kami diterima Allah .



zawiah daud
4.14 p.m
Rabu 10/12/2014


Tuesday, November 25, 2014

Dunia intenet dan saya











foto : google imej 



Permulaan saya mengenali intenet.


Pengalaman  yang  memang melucukan.
Pertama kali saya usahakan untuk berubah .
Saya sertai kelas membuat cookies. Pada hari itu kelas choc chips. Resipinya  memang sedap sama seperti famous amos.
Ada lah kawan sama kelas bercerita dia menjual cookies nya melalui intenet( pada masa itu, intenet masih kurang meluas seperti sekarang ). 
Bingong saya memikirkannya. Ingin bertanya pun saya blurr. 
Sampai ke sudah saya bingung.

Sampai ke saat ini hati saya masih geli mengenangkan peristiwa ini.
Itu lah, tidak bertanya sampai ke sudah sesat jalan. 
Hendak bertanya pula, tidak tahu pucuk pangkalnya mahu bertanya !
Sekarang bila  saya bercerita tentang hal ini  kawan  akan gelak sakan.
Oh , betapa dungu saya ketika itu .



-------------------------










foto :imej google



Permulaan saya menjana pendapatan melalui intenet adalah dengan menggunakan wordpress blog. 
Disitu saya bercerita tentang kebaikan produk kesihatan Melilea. Pada masa yang sama saya juga  pengguna Melilea . 
Banyak blog blog yang berkaitan dengan intenet dan marketing yang saya baca dan berhubung melalui email dengan penulisnya . 
Buku buku rujukan juga tidak kurang yang dihadamkan . Beberapa e book juga menjadi pilihan. 
Saya kembali "bersekolah ".

Melompat kegirangan  apabila saya mendapat order pertama  dari blog .
Walaupun order itu hanya RM 20.00 .Ianya begitu membuka hati dan memberi makna bahawa tidak susah dan tidak juga senang untuk mendapat pelanggan di intenet.
Makin lama makin tidak kekok untuk berniaga di intenet. Dan ia semakin seronok.
Nama blog pun saya dah lupa :( .


Bermula dari situ saya tidak menoleh kebelakang lagi. Intenet dan saya sudah menjadi rakan akrab. 
Permulaannya  saya menumpang komputer  suami. 
Kemudian saya mula membeli laptop saya sendiri . Laptop pertama saya ketika itu adalah Acer.

Apabila saya sudah berlama lama di intenet, kami berjumpa rakan yang mempunyai minat yang sama  . Saya join forum . Forum wanita dan forum yang berkaitan dengan intenet .


Dan akhirnya saya terjebak belajar membina website sendiri . Belajar html dan yang berkaitan . Saya mencabar diri dan minda. Belajar secara serius . Saya dapat membina web shopping cart sendiri . Dari 0 kepada mengenal apa itu html. Dan dapat mempelajari beberapa coding yang amat berpinar biji mata. Hampir menangis juga . Dan kadangkala terlintas di fikiran apakah aku masih berupaya ?


"Tiada yang dapat mengubah kehidupan mu melainkan engkau sahaja yang mampu merubahnya "
"Gali lah ilmu "
"Umur tidak mustahak, yang penting adalah ilmu "

Do not depend too much on anyone in this world because even your own shadow leaves you when you are in darkness.
— Ibn Taymiyah


Keep in mind this world is not our home. The only things that matter in this life are things we do for Allah.


Kata kata inilah yang selalu bermain di benak saya , kerana saya ingin maju !

Dari 0 kepada ada. Saya mengenal website,blog , domain , server hosting dan lain lain yang berkaitan .
Oh betapa teruja nya saya. Dan , oh juga ! Betapa berpinau nya mata saya membelek buku buku.
Pernah web saya di hack . Menggelabah sakan juga.
Web shoping cart saya http://www.zawiahshop.com ( sudah tidak di renew )
Sebaiknya saya perlu uruskan masa saya .  Disiang hari saya perlu membereskan  hal rumahtangga , anak dan suami . 
Biasanya masa yang saya peruntukkan untuk adalah di sebelah  petang dan malam selepas isyak. Tidak mudah untuk maju dan berilmu . Minat membuatkan saya  teruskan jua.


Tidak lupa di akhir kalam ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada kawan kawan yang banyak membantu saya . 
Dengan ukhwah dan jemaah kita dapat sama sama bersandar . Menggali ilmu bersama sama . 

Biar berinjak umur namun ilmu perlu tetap digali .







Tuesday, November 11, 2014

Suri rumah pun boleh berjaya






imej : sendiri
dari hp lenovo .




Assalamualaikom wbt.


Dahulu saya selalu malu dan rasa kurang keyakinan diri.
Apabila orang bertanya , kerja ke?
Saya terkesima, antara ingin menjawab atau tidak.
Dalam hati menggerutu , asik asik soalan ini yang ditanya.


Sekarang tahap keyakinan sudah ada. Walaupun belum sampai 100% namun keyakinan terhadap Allah sudah ada.
Rupanya betapa ramai ibu ibu diluar sana yang ingin menjadi suri rumah untuk menjaga dan mendidik anak sendiri.

Pernah ipar saya menegur saya.
Tidak bekerja , tak ada duitlah. Jaga anak mudah sahaja. Itu kata kata mereka , tidak saya !
Saya senyum dalam pahit.
Dalam hati bertekad ingin mendidik anak anak saya hingga ke peringkat tertinggi walaupun saya seorang suri rumah.

Pada masa itu hati saya menggumam berseorangan. Payah untuk menerima teguran orang. Hati ini pedih dan sakit.
Ada disudut hati dendam untuk menunjukkan yang terbaik.
Sesungguhnya saya ini lemah. Saya memohon keampunan pada Alloh.

Saya tahu kejayaan dan kebahagiaan itu bukan hak kita, ia adalah hak Alloh.
Sekarang anak anak saya sudah melepasi tahap persekolahan biasa. Mereka semua sudah masuk asrama dan motivasi untuk anak anak sudah berlainan dari zaman mereka bersekolah.

Mak, kalau kakak tak dapat score untuk semester ini , mak marah ke?
Kakak ada belajar?
kakak main ?
Tak lah mak.
Kalau macam itu , jika ada kekurangan kakak kena usaha lagi. You must try your good work .
Jangan stress dan tertekan untuk belajar.
Semuanya kita niat untuk Alloh.
Mak, macamana nak niat belajar untuk Alloh ?
Ya pepagi niatkan sahaja, aku belajar ini untuk Mu Ya Alloh.
Salawat dan teruskan usaha dan perjalanan kita .
Fokus.

Baik mak.
Insya Alloh nak. Alloh akan membimbingmu dan tunjukkan mu jalan yang betul dunia dan akhirat.
Mak dan ayah doakan anak anak sentiasa mendapat hidayah dari Alloh. Berjaya di dunia dan juga akhirat.


Beberapa tips dan langkah untuk diamalkan :-

Luangkan masa beberapa minit untuk betul betul fokus dengan anak anak.
Biasanya dalam lingkungan 1/2 jam sudah memadai.
Lihat kerja sekolah mereka. Bersama sama mereka membuat latihan .
Dengari apa sahaja usul dan usaha mereka.
Jangan ada bantahan . Apabila mereka bertanyakan sesuatu . Beritahu apa yang kita ketahui. Jika kita tidak ketahui jawapannya usahakan sama sama mencari jawaban nya.

Buat mereka merasa seronok unuk membuat latihan dan kerja kerja sekolah.
1/2 jam adalah masa yang berharga bersama mereka.
Anak anak perlukan kasih sayang .










imej : stockphoto

Tuesday, October 14, 2014

Hitam Hitam Si Tampuk Manggis

kek sarang semut (saranghae)




teks : zawiah daud
foto : lenovo



Kek Sarang Semut 


Dalam entri lepas saya pernah berjanji untuk kongsikan  satu resipi kek yang paling saya suka.
Sebab apa saya suka kek ini ?
Kek ini tidak muak dan begitu senang untuk dibuat .
Tapi ada satu pesan penaja , ianya tidak semudah yang disangka.

Ini percubaan saya kali ke 4. Alhamdulillah, melompat kegirangan saya bagai kanak kanak ribena.
Menjadi kek saya . Berlobang lobang bagai sarang semut. 
Ada yang panggil kek ini kek bantal, kek dunlop dan dengan pelbagai nama lagi .
Tapi kek ini hitam , walau hitam ianya sedap dan tidak muak untuk dimakan.

Beberapa kali  saya membuat kek ini . Ianya tidak pun bersarang seperti ini. Kosong dan kaku saja. 
Geram juga saya.
Kenapa tidak menjadi ?
Skill saya sudah hilang ?

Teringat saya tentang pepatah ini .
"Orang berjaya adalah orang yang pernah gagal berkali kali "
Iya, pasti .
Saya gagal 3 kali cubaan membuat kek ini untuk jadikan ia bersarang saranghae.
Sekarang cubaan kali ke 4 ianya menjadi .


Saya kongsikan  resipinya disini .


Resipi Ke Sarang Semut ( kek gula hangus )

4 biji telur ( gred A)
1 cawan gula kasar
1 cawan air panas
3 sudu besar marjerin
1/2 cawan susu manis 
Tepung gandum ( saya gunakan tepung tanpa peluntur)
2 sd teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik 
1 sd teh esen vanilla

Cara nya;
Panaskan kuali ,masukkan gula .
Masukkan air panas bila gula sudah cair keseluruhan .
Gunakan senduk kayu panjang.
Sejukkan .

Pukul telur hingga gebu putih.
Masukkan vanilla.
Masukkan susu manis.
Masukkan tepung
Masukkan air gula
Tapis dan masukkan dalam loyang.
Perapkan ia 3/4 jam .

Berhati hati semasa membuat air gula .
Guna senduk kayu panjang. Bila gula telah brown/perang, masukkan air sedikit sedikit. Awas ia memercik .
Sejukkan air gula .


Solusi nya :
- kek ini perlukan kesabaran.
- kena buat dengan kasih sayang
- pagi masak air gula. 
Tengahari membuat adunan keknya. Petang pula baru boleh dibakar.

Untuk membuat adunan samaada mahu guna mixer atau blender, tiada masaalah.

Untuk sukatan, gunakan cawan yang sama . Jika menggunakan mangkuk, gunakan mangkuk yang sama . Baru sukatannya sama.

Untuk lenserkan acuan atau loyang, gunakan tissue dapur semasa melumur marjerin di acuan. 
Taburkan sedikit tepung .

Tapis adunan yang telah siap untuk jadikan sarangnya lagi cantik .
Bakar dalam oven dengan gunakan api atas bawah . Kepanasan 150/160 .
Jangan kurangkan sukatan marjerin. 

Selamat Mencuba !








zawiah daud 


Friday, October 10, 2014

Kegembiraan itu









wajah wajah kegirangan Ex Zainab School 





bersama kawan baik 





kami berkawan baik dengan chinese girl juga 





tidak habis di ruang dalam . di lobi pun masih tidak mahu balik .


gembiranya kami seperti anak anak Ribena



teks :zawiah daud
foto : saya abadikan ia disini(koleksi peribadi )





Bertemu kawan kawan seperkolahan  memang sangat sangat menggembirakan hati . Kami sama sama mengharungi suka duka alam persekolahan. Seronok tidak terkata apabila kami dapat membuat Re union di Hotel Grand Dorsett pada awal April 2014 baru baru ini.

Semua berdebar debar menunggu harinya. Di group whatss app kami berborak sakan . Tidak terkata suka dan seronoknya. Masing masing mengimbau keseronokan zaman sekolah . Engkau semeja dengan siapa ? Engkau pakai baju apa ? Pelbagai cerita.






Iktibarnya :

Kesenangan dan ketenangan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit .
Allah memberi apa yang kita mahu ,jika mahu dunia dunialah yang Allah beri.
Ya jika kita diberi  dunia .
 Dapat  dapat membeli apa sahaja dengan wangnya tetapi kegembiraan , ketenangan dan masa tidak dapat dibeli.
Masanya terbatas. Masanya adalah bekerja .

Kita tidak akan dapat mengaut 2 keuntungan dalam satu masa. Dapat satu pasti hilang satu .

Dan saya berfikir , betullah janji Allah.
Jika engkau mahukan dunia  Aku berikan . Seenaknya lah engkau menikmatinya. Sampai engkau lupakan Aku Sang Pemberi Nikmat itu .

Saya doakan kawan baik saya itu diberi hidayah oleh Nya .






masuk paper Utusan . 


Wednesday, October 8, 2014

Kenapa Al Quran ?






teks ; zawiah daud
foto : panasonic DMC FZ40


Kenapa Al Quran ?

Dahulu suatu ketika dulu .

Saya selalu berniat untuk membaca al quran barang  1 mukasurat  sehari sudah memadai . Tapi niat saya itu sekadar niat juga. Berpuluh puluh tahun menyimpan hasrat ini. Kadang 1 bulan 2/3 bulan sekali baru dapat menghadap al quran dengan tadabburnya.

Mengapa begitu saya ini ? Arwah nenda saya seorang  qari  suatu masa dulu  dan  guru   Al quran . Masih saya ingat ketika membaca al quran bersama nenda yang kami panggil Cik Wa.  Untuk habiskan ayat bismillah itu pun mukanya sudah tersengguk ke depan mahu saja  mencecah al quran . Saya ini cucunya yang nakal selalu saja menyergah  beliau dengan berkata ‘hah’. Ketika itu saya masih bersekolah rendah .

Terpisut pisut Cik Wa menyapu mukanya kembali.  Ketika itu umur cik Wa sudah lanjut. Tapi beliau tidak berkaca mata.  Cik Wa tidak nyanyuk.
Sekarang baru saya tahu dan faham . Orang yang hafaz Al quran dan mengajar Al quran matanya memang terang dan fikiranya segar . Allahu hebatnya ayat Mu Ya Alloh.

Berbalik pada niat saya . Semakin hari semakin kuat saya ingin membaca Al quran selembar semuka surat. Allahu hebat juga perancangan Alloh. Hebat juga pilihan Alloh. Saya diketemukan dengan ustazah Ainun Mardhiah yang sedang membuat Phd di UIA . Kami membentuk jemaah dan komuniti ODOJ ( one day one juzuk ) . Indah betul. Sekarang saya tidak risau lagi . Jemaah kami dapat membaca 1 hari 1 juzuk.

Dan saya  dilantik mengetuai kumpulan saya sendiri . Saya berikan nama Famili al Quran 2 . Melalui teknologi kami bertadabur dan bertadarus . Kami bergerak melalui whatsapp apps di mobile henfon. Bukan kah ianya memudahkan ? Diberi tugasan. Keluarkan jadual . Tadarus dan tadabur .Dan di group kita  share yang kita sudah bertadabur .  Alhamdulillah done !

Ketika saya membaca Al quran  saya jumpa banyak ayat ayat yang diajar suatu ketika dulu sebagai doa dan zikir.Dahulunya saya tidak tahu ia nya ayat ke berapa dan surah apa .  Alloh indahnya hidup bersama Al quran . Betapa magik nya Al Quran .




Tips : Jika ingin mentadabur Al  quran bacalah di awal pagi . Kerana saya sudah merasai kesannya. Membaca Al quran di awal pagi akan membuat semua urusan kita pada hari itu senang seperti air yang meluncur laju . Pahamlah saya  . Inilah yang dikatakan kita jaga hak Alloh , Alloh jaga hak kita.

Tips ke 2: Sentiasa sediakan penanda . Bila terjumpa ayat yang kita sudah membacanya sebagai doa terus tandakan . Gunakan penanda seperti di gambar .