Friday, September 19, 2014
Assalamualaikom
Teks ; zawiah daud
Kampung adalah tempat yang sejahtera.
Pada Sabtu lepas 13/09/2014 kami balik kampung lagi . Ssemenjak akhir akhir ini agak kerap kami balik kampung.
Perjalanan balik kampung kali ini kami tidak melalui jalan biasa untuk ke Pantai Timur. Kami melalui hiway Utara - Selatan . Sampai di persimpangan dan tol simpang Pulai kami masuk ke sana untuk ke Cameron Highland. Dari Cameron Highland kami terus ke Gua Musang . Dari sana pula kami terus pula ke Dabong / Jeli keluar ke Rantau Panjang .
Walaupun perjalanan agak jauh sedikit lebih 50km, tetapi perjalanan kami agak selesa kerana jalan disini dua lorong dan kurang kenderaan dan kurang lori lori balak yang lalu lalang . Kami suka menikmati suasana kampung yang amat tenang. Melihat lihat perkampungan orang asli yang jauh di kawasan pedalaman . Agak menenangkan dan mententeramkan jiwa kami.
Walaupun kurang kenderaan masih perlu juga berhati hati . Keadaan bukit yang tinggi juga amat menggerunkan dengan jurang yang dalam dan bergaung . Dalam keadaan yang tenang pun , tidak kurang juga kenderaan yang kemalangan . Nauzubillah himinzalik .
Saya suka balik kampung . Adakalanya selepas balik kampung kesihatan agak menurun sedikit mungkin juga kerana kepenatan atau sebaliknya . Kami anak beranak memang berjiwa kampung.
Labels:
catatan harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment