Tuesday, November 11, 2014

Suri rumah pun boleh berjaya






imej : sendiri
dari hp lenovo .




Assalamualaikom wbt.


Dahulu saya selalu malu dan rasa kurang keyakinan diri.
Apabila orang bertanya , kerja ke?
Saya terkesima, antara ingin menjawab atau tidak.
Dalam hati menggerutu , asik asik soalan ini yang ditanya.


Sekarang tahap keyakinan sudah ada. Walaupun belum sampai 100% namun keyakinan terhadap Allah sudah ada.
Rupanya betapa ramai ibu ibu diluar sana yang ingin menjadi suri rumah untuk menjaga dan mendidik anak sendiri.

Pernah ipar saya menegur saya.
Tidak bekerja , tak ada duitlah. Jaga anak mudah sahaja. Itu kata kata mereka , tidak saya !
Saya senyum dalam pahit.
Dalam hati bertekad ingin mendidik anak anak saya hingga ke peringkat tertinggi walaupun saya seorang suri rumah.

Pada masa itu hati saya menggumam berseorangan. Payah untuk menerima teguran orang. Hati ini pedih dan sakit.
Ada disudut hati dendam untuk menunjukkan yang terbaik.
Sesungguhnya saya ini lemah. Saya memohon keampunan pada Alloh.

Saya tahu kejayaan dan kebahagiaan itu bukan hak kita, ia adalah hak Alloh.
Sekarang anak anak saya sudah melepasi tahap persekolahan biasa. Mereka semua sudah masuk asrama dan motivasi untuk anak anak sudah berlainan dari zaman mereka bersekolah.

Mak, kalau kakak tak dapat score untuk semester ini , mak marah ke?
Kakak ada belajar?
kakak main ?
Tak lah mak.
Kalau macam itu , jika ada kekurangan kakak kena usaha lagi. You must try your good work .
Jangan stress dan tertekan untuk belajar.
Semuanya kita niat untuk Alloh.
Mak, macamana nak niat belajar untuk Alloh ?
Ya pepagi niatkan sahaja, aku belajar ini untuk Mu Ya Alloh.
Salawat dan teruskan usaha dan perjalanan kita .
Fokus.

Baik mak.
Insya Alloh nak. Alloh akan membimbingmu dan tunjukkan mu jalan yang betul dunia dan akhirat.
Mak dan ayah doakan anak anak sentiasa mendapat hidayah dari Alloh. Berjaya di dunia dan juga akhirat.


Beberapa tips dan langkah untuk diamalkan :-

Luangkan masa beberapa minit untuk betul betul fokus dengan anak anak.
Biasanya dalam lingkungan 1/2 jam sudah memadai.
Lihat kerja sekolah mereka. Bersama sama mereka membuat latihan .
Dengari apa sahaja usul dan usaha mereka.
Jangan ada bantahan . Apabila mereka bertanyakan sesuatu . Beritahu apa yang kita ketahui. Jika kita tidak ketahui jawapannya usahakan sama sama mencari jawaban nya.

Buat mereka merasa seronok unuk membuat latihan dan kerja kerja sekolah.
1/2 jam adalah masa yang berharga bersama mereka.
Anak anak perlukan kasih sayang .










imej : stockphoto