Monday, July 21, 2014

Ramadhan kali ini 2014



Teks: Zawiah  Daud
Imej  : zawiah daud koleksi masakan semalam ( telur masak kicap).



Assalamualaikom,
Hari ni, insya Allah sudah masuk hari 24 Ramadhan, bermakna kita makin menghampiri kepada akhir Ramadhan dan Syawal akan bakal menjengah.

Ramadhan kali ini, kami tinggal berdua sahaja, kedua anak anak masing masing sudah masuk asrama.
Rasanya kali ini lah tahun paling simple kami berbuka.
Dengan kepak ayam goreng garam kunyit  bersambalkan sambal jantan ( cili api + garam), berulamkan ulam timun .
Air pula tea o dan jus tembikai berselang seli dengan jus mangga.
Alhamdulillah, nikmat ini kami menadah tangan dengan bersyukur.
Hampir setiap hari jiran sebelah kiri rumah kami menghantar makanan,alhamdulillah .
"Maka nikmat yang mana lagi kau dustakan "

Setiap kali Ramadhan , kami kurang  suka sangat lauk lauk yang berkuah, apalagi berkuah lemak.
Cukup sekadar masak kering kering sahaja.
Antara nya ayam masak kicap juga menjadi pilihan utama kami .
Bazaar Ramadhan sudah beberapa tahun tidak kami jengah.
Makanan di bazaar tidak menepati citarasa kami.

Mudah mudahan Allah terima amalan kami ini.

I write to Inspire Others
Zawiah  Daud
Ramadhan 24

Pengenalan Diri

Pengenalan .

Teks: Zawiah  Daud

Assalamualaikom ,
Saya Zawiah Mohd Daud , seringkali kawan kawan memanggil saya dengan ringkas sahaja Zawiah Daud , Mohd tu ditinggalkan .
Kekadang saya pun lupa ada nama Mohd untuk arwah ayah saya Mohd Daud bin Salleh .
Sekarang saya membiasakan diri menulis nama dan mengenalkan diri saya dengan nama Zawiah Mohd Daud.

Saya adalah suri rumah yang bekerja dari rumah .
Seorang mek asli Kelantan , ya mek Kelate, dan juga berkahwin dengan orang Kelantan celup .(nanti saya ceritakan kenapa celup ).
Saya bersekolah di Kelantan sepenuhnya , Sekolah  Rendah Zainab 2 .
Dan bersekolah menengah di  Sekolah Menengah Zainab.

Saya pernah bekerja di bidang kejururawatan  dan perguruan.
Disebabkan masalah kesihatan saya dan juga masaalah anak anak yang tidak selesa tinggal dengan penjaga, suami  mencadangkan untuk saya berhenti sahaja dari bekerja.
Saya akur sahaja dan tanpa banyak soal saya menuruti nya   kerana bagi saya keluarga paling utama., walaupun kekangan   kewangan .

Saya memang minat menulis, dari bangku sekolah lagi saya berangan angan untuk menjadi penulis ,
kerana saya suka bercerita dan suka berkongsi cerita.
Walaupun hakikatnya saya ini bukanlah jenis banyak mulut, tapi saya suka bercerita dan membuat kawan .

Saya juga suka membaca, khususnya buku buku motivasi, buku berkaitan dengan keperibadian diri pembentukan diri dan sahsiah .
Buku buku keagamaan dan spiritual adalah  pilihan utama saya juga .
Seronoknya saya membaca ketika berbaring  dan buku itu saya jadikan teman di tempat tidur saya. Selalunya ia berlonggok  di tepi bantal tidur saya itu. Sekana ianya seperti emas yang menggunung .

Sekarang saya lihat , anak anak juga sudah mengikut peel saya, suka longgok buku tepi bantal tidur.
Mungkin saya ini mengikut tabiat arwah ayah,arwah  ayah tidak  lekang dengan buku.
Masih saya ingat apabila abah memegang buku, tidak  lama tu  dia akan  tertidur, tapi buku tu masih terpegang di tangannya. Arwah abah dan arwah mama adalah  idola saya .

Doakan saya agar istiqamah untuk terusan menulis
Dan doakan saya juga berjaya mencapai  impian saya untuk jadi penulis , walau usia saya sudah melangkau abad.
Walau sekadar menulis e book, kerana saya nak sangat berkongsi pengalaman .
dari pengalaman terbit keinsafan dan harga diri.

 "I write to Inspire Others "

Zawiah  Daud
21.07.2014
Ramadhan 23