Monday, August 11, 2014

Saya mahu kembali menulis

Teks : zawiah daud
foto : google


Bismillah...

Sarapan pagi saya hari ini adalah bean dan nescaffe susu. Saya adalah peminat tea susu sebenarnya .

Saya mahu kembali menulis dan terus menulis.. Tetapi keterbatasan masa menjadi halangan untuk saya terus fokus dalam penulisan. Walaupun hanya menulis di blog. Tulisan saya  ini   akan ulang baca beberapa kali dan akan membuat beberapa pembetulan. Saya masih mencari kekuatan diri dan disiplin untuk fokus.

Menulis adalah satu kebaikan . Kerana pada saya ia dapat  memberikan manfaat bukan untuk saya sahaja bahkan saya dapat sebarkan kebaikan nya juga.

Saya seorang suri rumah serta tidak mempunyai jadual khusus. Setiap hari rutin saya beredar sekitar menyelesaikan perkara-perkara asas yang sama seperti membasuh, mengemas dan memasak. Pada saya berada dirumah dan bekerja dari rumah adalah nikmat yang tidak boleh dijual beli.

Setiap individu yang berjaya, mereka pasti memiliki jadual peribadi yang ketat dan tersusun. Malah mematuhinya dengan penuh disiplin. Inilah yang membezakan ianya biasa atau luarbiasa.

Disiplin.
Kadangkala ianya juga bocor pada diri saya. Ketirisan yang tidak dapat ditampung .

I write to inspire others

Teks: zawiah daud
foto :google
Pagi yang sejuk (9.55 pagi hari Selasa )

Rancang Tugas Kita

organise 


Teks : Zawiah Daud
Foto : Pinterest


TO DO LIST.

Kadang kita berserabut memikirkan banyak nya kerja yang mahu dibuat.
Cuba kita duduk dan berfikir sejenak. Ini yang biasa saya lakukan . Saya printkan list yang cantik cantik dan saya tulis satu persatu apa yang perlu saya lakukan. Dari sekecil tugasan hinggalah kepada tugasan yang besar.

Semasa saya sering berulang alik balik kampung semasa arwah ayah sakit, saya perlu selesaikan banyak perkara dalam masa 1 1/2 hari. Tulislah apa apa yang perlu kita buat untuk seharian itu , masa untuk tidur dan rehat juga boleh dimasukkan. Jika mahu lebih teratur dan jelas , tulislah sekali dengan masa dan jamnya .
Insya Allah ia akan teratur dan kerja kerja kita dapat disiapkan dan tidak akan ada pening pening kepala lagi!



Biasanya TO DO LIST saya , saya akan tulis seawal pagi atau pun pada malam sebelum itu.
Pagi :- solat subuh
pasar beli ikan ayam,sayur
pergi bank
kutip sewa
Tulislah apa apa yang perlu kita buat untuk seharian itu , masa untuk tidur dan rehat juga boleh dimasukkan.
Jika mahu lebih teratur dan jelas , tulislah sekali dengan masa dan jamnya .

Kata Prof Muhaya , anda adalah apa yang anda fikirkan . You live by design . Kita boleh mencorakkan kehidupan kita , samada kita mahu bahagia,duka atau bersedih. Ya dan saya pilih untuk berbahagia . Saya tahu ,kita semua ingin bahagia dan tenang.


i write to inspire others
Zawiah Daud

Shopping Online



Teks : zawiah daud
Foto:  google

Beberapa hari lepas pulang dari kampung , saya bercadang untuk membeli power bank .
Ini kerana semasa dalam perjalanan kami gunakan penunjuk jalan WAZE , maka bateri henfon  perlu untuk di caj . Saya memang agak malas untuk keluar dan bersesak dengan jem jalanraya dan juga menghabiskan masa di luar. Orang yang seperti saya ini lah yang dicari oleh  penjual  online.  Masaalah pengguna adalah nikmat untuk penjual.





Suami mencadangkan saya membeli di Lazada.com dengan memberi linknya di Facebook . Setelah membuat pilihan suami cadangkan untuk saya membeli item yang dicaputure dan ditunjukkan di Fb. Saya terus klik untuk membuat belian . Istimewanya di Lazada , kita boleh memilih samaada untuk COD atau buat bayaran online .Saya memilih untuk COD. setelah beberapa hari berlalu , dan merasa agak lama juga ( dalam 4/5 hari ), barang saya belum sampai ke tangan . Hairan juga saya , bagaimana gerak kerja mereka di Lazada. Saya bertanyakan beberapa kawan di fb , mereka berkata tiada masaalah selalunya pembelian mereka, dan saya diminta untuk membuat panggilan kepada  customer service. Agak liat untuk saya membuat panggilan , dan saya hanya emailkan sahaja kepada customer service mereka dan terus mendapat jawapan. Dan pada  petang itu juga , item saya diterima dengan selamatnya . Betapa terujanya saya , kerana ianya sungguh senang berurusan dengan Lazada.


Sepatutnya kita peniaga online pun perlu ada web , customer service dan COD  juga.


i wrote to inspire others
Zawiah Daud



Sunday, August 10, 2014

Udang Celup Tepung Cerita Syawal




Teks: zawiah daud
foto ; google images

Assalamualaikom ,

Semalam hari Sabtu , beberapa hari sebelumnya kami telah berjanji untuk bertemu , dengan menjemput beliau untuk datang berhari Raya di rumah.
Memandangkan sudah hampir 2 tahun ,beliau berkahwin , tetapi saya belum lagi mengenali suaminya,
maka saya usahakan untuk beliau datang ke rumah.

Pertemuan Hari raya kami kali ini, saya jamu dengan nasi budu, ulam , singgang ikan aya dan goreng udang celup tepung .
Berselera suami rakan ( sudah seperti adik sendiri ) saya ini menjamu selera.
walaupun asalnya Tanjung Karang, namun beliau sukakan budu, makanan tradisi orang Kelantan .

Goreng udang celup tepung , biasanya suami kesayangan saya yang selalu menggorengnnya .
Disini saya sharekan sedikit tips yang diberi suami untuk dapatkan goreng udang seperti di restoran dan kedai makan Thai.
Tips nya : celup udang seekor seekor dan goreng dalam minyak panas .
Tepung yang biasa kami gunakan  adalah tepung tempura.
Dicampur dengan telur dan sedikit air, sukatannya dan kecairannya adalah seperti membuat lempeng .
Selamat Mencuba !

Mudahan amal kami yang sedikit ini , Allah ganjarkan dengan memberikan impak yang besar buat kalian .

I write to inspire others
zawiah daud