Monday, September 29, 2014

Mudahnya Memasak Di Dapur

ikan rebus yang siap diseal .
bersih dan praktikal 



Teks: zawiah daud
foto : google


Mudahnya Memasak Di Dapor


Saya ini memang suka sangat memakan ikan rebus. Saya tidak pernah pula membeli yang siap di rebus. Dulu semasa saya mula menetap di Kuala Lumpur amat pelik sekali saya lihat ramai yang membeli ikan rebus yang siap . Saya tertanya tanya apakah mereka tidak pandai untuk merebus atau sebaliknya ?
Saya tidak pula teringin membelinya kerana pada hemat saya ianya kurang bersih . Direbus bersama perut ikan .

Arwah mama dulu selalu rebus ikan . Samaada ikan selayang atau ikan kembong kecil . Senang saja untuk merebusnya .
Ikan yang sudah direbus ini sedap jika digoreng garing dan dimakan bersama sambal belacan berserta ulaman .
Juga ikan rebus ini boleh dibuat rencah untuk yang suka memasak lauk seperti bening dan sayur pedas air Kelantan .
Ikan rebus ini juga boleh dibuat gulai lemak kuning dicampur dengan timun atau terong .
Senang kan !

Resipi Ikan Rebus 

Ikan selayang dibasuh bersih
Masukkan dalam periuk atau besin (kami selalu gunakan besin yang khas untuk rebus ikan )
Garam
Asam keping secukupnya
Sedikit sahaja airnya

Saya selalu gunakan garam kasar .

Cara nya rebus di atas api yang sederhana kecil . Gunakan penutup untuk merebusnya .
Dalam masa 1/2 jam ianya akan siap .

Besen pula selalunya ada dijual di kedai kedai pinggan mangkuk . Kalau tidak silap ianya seperti pinggan ayan / pinggan besi .

besin ayan
imej : google 


Dahulu saya sering kebuntuan untuk simpan ikan rebus ini. Jika dibiarkan lama di luar tanpa dimasukkan dalam peti ais ianya akan mudah busuk dan dihurung lalat dan membiak dengan meletak telurnya. Jika dimasukkan dalam peti ais bersama besin ianya pula akan memakan ruang.





sealer
imej : google




Sekarang idea dari suami saya . diisikan ikan yang dah direbus  untuk 1 kali makan sebanyak 2 ekor dan dimasukkan dalam plastik serta di seal. Sungguh selamat dan ideal sekali cara penyimpanan nya. Bersih dan praktikal. Suami memang suka organize benda benda seperti ini .
Tiada lagi ikan yang busuk dan tiada lagi lalat yang suka menghurung . Kerja memasak saya pula semakin senang .

Mudahnya jika kita tahu mengurus kan nya !