kek sarang semut (saranghae)
teks : zawiah daud
foto : lenovo
Kek Sarang Semut
Dalam entri lepas saya pernah berjanji untuk kongsikan satu resipi kek yang paling saya suka.
Sebab apa saya suka kek ini ?
Kek ini tidak muak dan begitu senang untuk dibuat .
Tapi ada satu pesan penaja , ianya tidak semudah yang disangka.
Ini percubaan saya kali ke 4. Alhamdulillah, melompat kegirangan saya bagai kanak kanak ribena.
Menjadi kek saya . Berlobang lobang bagai sarang semut.
Ada yang panggil kek ini kek bantal, kek dunlop dan dengan pelbagai nama lagi .
Tapi kek ini hitam , walau hitam ianya sedap dan tidak muak untuk dimakan.
Beberapa kali saya membuat kek ini . Ianya tidak pun bersarang seperti ini. Kosong dan kaku saja.
Geram juga saya.
Kenapa tidak menjadi ?
Skill saya sudah hilang ?
Teringat saya tentang pepatah ini .
"Orang berjaya adalah orang yang pernah gagal berkali kali "
Iya, pasti .
Saya gagal 3 kali cubaan membuat kek ini untuk jadikan ia bersarang saranghae.
Sekarang cubaan kali ke 4 ianya menjadi .
Saya kongsikan resipinya disini .
Resipi Ke Sarang Semut ( kek gula hangus )
4 biji telur ( gred A)
1 cawan gula kasar
1 cawan air panas
3 sudu besar marjerin
1/2 cawan susu manis
Tepung gandum ( saya gunakan tepung tanpa peluntur)
2 sd teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
1 sd teh esen vanilla
Cara nya;
Panaskan kuali ,masukkan gula .
Masukkan air panas bila gula sudah cair keseluruhan .
Gunakan senduk kayu panjang.
Sejukkan .
Pukul telur hingga gebu putih.
Masukkan vanilla.
Masukkan susu manis.
Masukkan tepung
Masukkan air gula
Tapis dan masukkan dalam loyang.
Perapkan ia 3/4 jam .
Berhati hati semasa membuat air gula .
Guna senduk kayu panjang. Bila gula telah brown/perang, masukkan air sedikit sedikit. Awas ia memercik .
Sejukkan air gula .
Solusi nya :
- kek ini perlukan kesabaran.
- kena buat dengan kasih sayang
- pagi masak air gula.
Tengahari membuat adunan keknya. Petang pula baru boleh dibakar.
Untuk membuat adunan samaada mahu guna mixer atau blender, tiada masaalah.
Untuk sukatan, gunakan cawan yang sama . Jika menggunakan mangkuk, gunakan mangkuk yang sama . Baru sukatannya sama.
Untuk lenserkan acuan atau loyang, gunakan tissue dapur semasa melumur marjerin di acuan.
Taburkan sedikit tepung .
Tapis adunan yang telah siap untuk jadikan sarangnya lagi cantik .
Bakar dalam oven dengan gunakan api atas bawah . Kepanasan 150/160 .
Jangan kurangkan sukatan marjerin.
Selamat Mencuba !
zawiah daud
|
No comments:
Post a Comment