Friday, September 5, 2014

Masak memasak

ayam bakar 




Teks : zawiah daud
foto : hp lenovo

Hari ini 5/09/2014

Saya merancang rancang untuk memasak hari ini . Sudah lama rasanya tidak memasak masakan kegemaran suami dan saya sendiri . Asyik makan yang simple simple sahaja.
Makan dikedai rasanya tidak kenyang kerana ianya tidak berapa menepati citarasa kami yang agak simple .

Wishlist untuk saya masuk dapur hari ini ;-
1. Masak nasi lemak sambal sotong
Sotong yang dibeli tadi di pasar UTC, sungguh terekejut dengan harganya .
RM10.00 untuk 5 ekor sotong !
RM8.50 untuk 500gm .

2. Buat kek sarang semut .
Kek ini saya suka sangat, sebab ia tak muak.
Boleh makan banyak banyak .:)

Dan tentunya ianya seronok sebab dapat masak dengan penuh kasih sayang .

Insya Allah saya cuba kongsikan resipinya .


Thursday, September 4, 2014

Allah lah SegalaNya



suasana di belakang rumah ,ditepi taliair. 


Teks : zawiah daud
foto : hp lenovo zawiah daud


Allah lah Perancang Terhebat .

Agak susah juga untuk mencari rentak dan hendak  kembalikan rentak menulis.Dengan kejadian yang agak sedih juga bercelaru mood menulis ini menurun . Menulis juga perlu melayan emosi yang stabil.
Untuk menulis entri  ini  beberapa hari saya buka dan tutup pc. Mengetik ngetik keyboard tanpa ada idea yang bernas. Pening juga saya .

Semenjak selepas Ramadhan dan bermulanya bulan Syawal saya asyik berulang alik balik kampung . Minggu ke2 selepas hari raya itu , baru sahaja sampai ke KL dalam 2 hari saya menerima panggilan , nenek saya kembali ke rahmatullah . Selepas berunding dengan suami saya perlu pulang berseorang dengan flight Firefly untuk pulang ke Kelantan . Alhamdulillah walaupun penerbangan  pada kali itu agak membimbangkan namun kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa Kelantan .3hari disana sempat menghadirkan diri untuk tahlil arwah .

2hari balik dari kampung ,sekali lagi kami menerima panggilan telefon dari abang ipar di kampung , ayah mertua sedang tenat . Bergegas pula kami balik kampung . Tanpa anak anak yang semuanya sudah di asrama . Kami berdua pulang ke kampung.
Betapa sayu dan sedih melihat ayah mertua yang telah lama saya kenali dan sanjungi . Terbaring lemah dan mengaduh kesakitan . Kami adik beradik bersepakat membawa ayah ke hospital walaupun mendapat bangkangan dari adik beradik lain. Almaklum adik beradik ramai ada yang bantah ada yang terima.

Selepas balik ke KL dalam masa 10 hari, sekali lagi mendapat panggilan seawal 8.50 pagi hari Khamis 28/08/2014 bahawa ayah mertua sudah kembali kepada PenciptaNya. Al Fatihah buat arwah abah  Che Omar bin Ahmad . Selama 85 tahun Allah menjaganya dan kini arwah abah pulang ke tempat abadinya .

arwah abah
che omar bersama suami (anaknya yang ke 3.)


Masih terbayang wajah arwah ayah mertua dimata ini . Hampir 2 tahun abah tidak dapat berulang alik ke masjid . Sebelum ini rutin beliau 5x sehari ke masjid adalah wajib.
Mudah2an Allah menempatkan Arwah abah Che Omar ke tempat dan bersama golongan yang Allah ridho.



p/s mudah2an saya akan bercerita lagi kebaikan arwah ayah mentua saya ini .


Meraih Ridho Allah
zawiah daud
I write to inspire others.







Tuesday, August 26, 2014

Cabaran berblogging




Teks: Zawiah Daud
Foto : Akademi bekerja dari rumah.

Masih jauh perjalanan saya . Baru ada 11 entri . Saya diberi homework dan assignment untuk siapkan 44 entri. Saya juga merasa teruja sekali dibawah bimbingan ABDR ( Akademi bekerja dari rumah ).
Guru saya Puan Aishah Hussein sangat berdedikasi sekali memberi tunjuk ajar.


Saya akan guna kan dengan sebaik nya bimbingan yang diberi kan ini.

Cabaran berblogging saya ini harus diteruskan untuk penjenamaan diri, belajar untuk terus konsisten menulis dan menulis.
Beberapa tips yang diberi kan saya baca dan hadam kan ia untuk kefahaman .

Monday, August 25, 2014

Tudung dan Perniagaan



teks : zawiah daud
foto : zawiah daud


Tudung dan Perniagaan .

Untuk entri Inspirasi Bisnes kali ini saya ingin bercerita berkenaan tudung. Sebenarnya banyak betul fesyen tudung yang berada dipasaran sekarang ini . Ada yang saya minat dan tidak kurang pula hanya sekadar melihat lihat sahaja.
Saya lebih kepada memakai dan mencari tudung yang tidak terlalu ranggi . Suka yang jenis labuh dan bershaja disamping masih menampakkan kesopanan dan nampak agak anggun dan sopan.
Susah juga mahu menepati citarasa ini . Kebetulan ada kenalan rapat memang mengambil upah menjahit. Kami berbncang dan sama sama mendesign tudung yang agak menepati citarasa sendiri untuk dipakai.

Bertitik tolak dari sinilah kami membuat rancangan untuk mengeluarkan tudung sendiri dengan design dan jenama sendiri . Saya suka berpegang pada prinsip belajar sambil bekerja dan bermula lah dari bawah . Permulaannya kami menjual tudung tudung yang dibeli di Jalan TAR sahaja.

Saya juga suka berkongsi jika ada suri rumah yang ingin menambah pendapatan . Sebenarnya tudung tudung saya ini dipasarkan oleh saudara saudara yang terdekat sahaja yang merupakan guru guru sekolah. Rupanya ramai juga yang suka design dan pattern tudung kami ini . Sekarang cabarannya ialah masa, modal dan konsistensi untuk istiqamah meneruskan jahitan dan jualan tudung ini sahaja. Permintaan sudah ada. Kegagalan pula dipihak kami untuk terus terusan membekalkan tudung atas sebab utama pencarian kain dan warna yang gagal menepati citarasa kehendak pemakai tudung . Dan kadangkala nya penjahit juga tidak dapat menjahit untuk jangka masa panjang .

Sebenarnya rasa seronok sungguh melihat ramai yang meminati tudung ini dan juga salah satunya saya dapat memenuhi syariat ugama iaitu menyediakan tudung labuh untuk muslimah dengan motto kami  ANGGUN. CANTIK. BERGAYA .

Berniaga itu seronok . Modalnya hati kental .
Kalau boleh  teruskan dan istiqamah . Insya Allah kita sama sama berjaya .

Mudahan amal kami ini diterima Allah .
Doakan perniagaan kecil ini bakal berkembang maju dan besar untuk saya sama sama membantu ummah dan suri suri menambah pendapatan .

Sunday, August 24, 2014

MH17 betapa bertuahnya mereka



Teks: zawiah daud
foto: zawiah daud


MH17

Pagi ini hujan rahmat membasahi bumi . Alhamdulillah  sejuk dan nyaman sekali rasanya .
Dan juga hari ini baru berkesempatan duduk didepan pc mencoret beberapa cerita yang sudah beberapa hari berlalu,

Pertamanya berita yang amat memilukan pada hari Jumaat  22/08/14 tempohari. Seluruh negara dan dunia berduka dengan tragedi MH 17. hari Jumaat itu juga di jadikan hari berkabung Malaysia untuk MH17 .Bukan sahaja keluarga mangsa yang terlibat bahkan kita juga turut merasa tempiasnya. Salah seorang krew yang terlibat iaitu Ahmad Hakimi Hanapi adalah anak saudara kepada kawan baik saya. Betapa terekjutnya kami . Apabila pertama kali mendengarnya betapa luluhnya hati . Walaupun hanya mengenali mak saudaranya sahaja.

Mereka bukan mangsa tragedi malang,  tetapi mereka adalah yang bertuah dan terpilih . Manakan tidaknya seluruh dunia meratapi pemergian mereka yang berada didalam pesawat MH17 . Bagi yang beragama Islam pula disedekahkan Al Fatihah tidak kira kenalan atau tidak. Betapa bertuahnya mereka. Di sembahyangkan jenazah oleh beribu ribu jemaah . Allah telah jamin kehidupan mereka didunia dan di akhirat.




foto : google


Al Fatihah dan salam takziah dari kami buat keluarga MH17 yang terlibat. Allah menghendaki kebaikan buat mereka .

Al Fatihah buat ruh ruh yang telah pergi .


Monday, August 11, 2014

Saya mahu kembali menulis

Teks : zawiah daud
foto : google


Bismillah...

Sarapan pagi saya hari ini adalah bean dan nescaffe susu. Saya adalah peminat tea susu sebenarnya .

Saya mahu kembali menulis dan terus menulis.. Tetapi keterbatasan masa menjadi halangan untuk saya terus fokus dalam penulisan. Walaupun hanya menulis di blog. Tulisan saya  ini   akan ulang baca beberapa kali dan akan membuat beberapa pembetulan. Saya masih mencari kekuatan diri dan disiplin untuk fokus.

Menulis adalah satu kebaikan . Kerana pada saya ia dapat  memberikan manfaat bukan untuk saya sahaja bahkan saya dapat sebarkan kebaikan nya juga.

Saya seorang suri rumah serta tidak mempunyai jadual khusus. Setiap hari rutin saya beredar sekitar menyelesaikan perkara-perkara asas yang sama seperti membasuh, mengemas dan memasak. Pada saya berada dirumah dan bekerja dari rumah adalah nikmat yang tidak boleh dijual beli.

Setiap individu yang berjaya, mereka pasti memiliki jadual peribadi yang ketat dan tersusun. Malah mematuhinya dengan penuh disiplin. Inilah yang membezakan ianya biasa atau luarbiasa.

Disiplin.
Kadangkala ianya juga bocor pada diri saya. Ketirisan yang tidak dapat ditampung .

I write to inspire others

Teks: zawiah daud
foto :google
Pagi yang sejuk (9.55 pagi hari Selasa )

Rancang Tugas Kita

organise 


Teks : Zawiah Daud
Foto : Pinterest


TO DO LIST.

Kadang kita berserabut memikirkan banyak nya kerja yang mahu dibuat.
Cuba kita duduk dan berfikir sejenak. Ini yang biasa saya lakukan . Saya printkan list yang cantik cantik dan saya tulis satu persatu apa yang perlu saya lakukan. Dari sekecil tugasan hinggalah kepada tugasan yang besar.

Semasa saya sering berulang alik balik kampung semasa arwah ayah sakit, saya perlu selesaikan banyak perkara dalam masa 1 1/2 hari. Tulislah apa apa yang perlu kita buat untuk seharian itu , masa untuk tidur dan rehat juga boleh dimasukkan. Jika mahu lebih teratur dan jelas , tulislah sekali dengan masa dan jamnya .
Insya Allah ia akan teratur dan kerja kerja kita dapat disiapkan dan tidak akan ada pening pening kepala lagi!



Biasanya TO DO LIST saya , saya akan tulis seawal pagi atau pun pada malam sebelum itu.
Pagi :- solat subuh
pasar beli ikan ayam,sayur
pergi bank
kutip sewa
Tulislah apa apa yang perlu kita buat untuk seharian itu , masa untuk tidur dan rehat juga boleh dimasukkan.
Jika mahu lebih teratur dan jelas , tulislah sekali dengan masa dan jamnya .

Kata Prof Muhaya , anda adalah apa yang anda fikirkan . You live by design . Kita boleh mencorakkan kehidupan kita , samada kita mahu bahagia,duka atau bersedih. Ya dan saya pilih untuk berbahagia . Saya tahu ,kita semua ingin bahagia dan tenang.


i write to inspire others
Zawiah Daud