Wednesday, October 8, 2014

Alpha Zone ?



Add caption
teks; zawiah daud
foto : stockphoto



Ada apa dengan  alpha zone ?


Apa itu alpha zone?
Saya mengenali alpha zone ketika bersama dalam seminar bersama Prof Dr Muhaya Mohamad. Beliau bercerita dan mengajar tentang teknik alpha zone ini. Rupanya kita perlu menggerakan otak separa sedar kita ini agar kita  berjaya dan imaginasi akan jadi kenyataan .

Selepas satu satu saya diberi pengetahuan tentang teknik alpha zone ini. Demikian juga dengan pak guru yang mengajar saya . Juga semasa seminar bersama Dr Azizan Osman yang mana beliau adalah pengamal teknik NLP.

Saya memang berminat sekali dengan  teknik NLP . Ditemukan pula dengan pengamal teknik NLP Ateh Zuhairi Nopiah . Dan saya pun terus mendalami teknik NLP dan LOA. Masya Alloh  hebatnya Alloh. Daya imaginasi kita ini berupaya mengubah minda separa sedar kita ini mendapat apa kemahuan yang kita inginkan.

Perkara yang ada dalam lintasan minda kita akan menggerakkan minda sedar kita. Kata Prof ia lebih senang dipanggil minda segar.

Sebab itu kita perlu laksanakan pernafasan kita dengan betul supaya selalu berada dalam keadaan alpha dan positif. Keadaan positif ini menjadikan kita sentiasa bersangka baik dengan Alloh.
Bagaimana tu ?
Iya , Allah adalah mengikut sangkaan hambaNya.

Situasi alpha zone pada tahap tinggi :
- ketika hendak tidur
- bertenang ( zon pernafasan )
- sujud

Di ABS ( Ainon Busines School ) Puan Ainon yang pakar dalam bidang psikologi mengajar kita untuk berhati hati menuturkan kata kata kerana dengan kata kata ianya berupaya membuat orang benci dan sayang kita. Ayat yang betul dan sempurna adalah  kunci kejayaan bagi seseorang .

Bayangkan bila kita hendak memandu . Capai kunci , hidupkan kereta, tekan pedal tarik gear auto ke arah D . Adakah kita merancangnya ? Tidak . Ianya sudah di set di minda  kita bahawa itulah yang kita lakukan rutin untuk memandu  kereta .Pergerakan ini berulang ulang . Ianya dikawal minda segar kita



foto : clipart and stockphoto



Nah disinilah kita harus berdoa kerana kita berada didalam alpha zone dan minda segar kita diaktifkan . Dan disinilah Allah mungkin makbulkan doa kita. Makbulkan tidak sama dengan mustajab . Makbul ini tidak tahu bila kita akan dapat doa kita itu. Dan mustajab itu kita akan dapat terus doa kita itu.

Contohnya Allahu aku nak makan lasagna lah. Aku tidak punya wang untuk membelinya. Lantas secepat nya Allah menghantar lasagna ke pinggir muka kita. Itulah mustajabnya doa kita . Oleh itu teruslah bersangka baik senantiasa. Kerana Alloh sentiasa bersama hamba hambaNya yang senantiasa meminta minta kepadaNya.





sahabat !
Doakan saya terus istiqamah untuk terus berkongsi disini .


zawiah daud
3.40 pm hari rabu


Monday, September 29, 2014

Mudahnya Memasak Di Dapur

ikan rebus yang siap diseal .
bersih dan praktikal 



Teks: zawiah daud
foto : google


Mudahnya Memasak Di Dapor


Saya ini memang suka sangat memakan ikan rebus. Saya tidak pernah pula membeli yang siap di rebus. Dulu semasa saya mula menetap di Kuala Lumpur amat pelik sekali saya lihat ramai yang membeli ikan rebus yang siap . Saya tertanya tanya apakah mereka tidak pandai untuk merebus atau sebaliknya ?
Saya tidak pula teringin membelinya kerana pada hemat saya ianya kurang bersih . Direbus bersama perut ikan .

Arwah mama dulu selalu rebus ikan . Samaada ikan selayang atau ikan kembong kecil . Senang saja untuk merebusnya .
Ikan yang sudah direbus ini sedap jika digoreng garing dan dimakan bersama sambal belacan berserta ulaman .
Juga ikan rebus ini boleh dibuat rencah untuk yang suka memasak lauk seperti bening dan sayur pedas air Kelantan .
Ikan rebus ini juga boleh dibuat gulai lemak kuning dicampur dengan timun atau terong .
Senang kan !

Resipi Ikan Rebus 

Ikan selayang dibasuh bersih
Masukkan dalam periuk atau besin (kami selalu gunakan besin yang khas untuk rebus ikan )
Garam
Asam keping secukupnya
Sedikit sahaja airnya

Saya selalu gunakan garam kasar .

Cara nya rebus di atas api yang sederhana kecil . Gunakan penutup untuk merebusnya .
Dalam masa 1/2 jam ianya akan siap .

Besen pula selalunya ada dijual di kedai kedai pinggan mangkuk . Kalau tidak silap ianya seperti pinggan ayan / pinggan besi .

besin ayan
imej : google 


Dahulu saya sering kebuntuan untuk simpan ikan rebus ini. Jika dibiarkan lama di luar tanpa dimasukkan dalam peti ais ianya akan mudah busuk dan dihurung lalat dan membiak dengan meletak telurnya. Jika dimasukkan dalam peti ais bersama besin ianya pula akan memakan ruang.





sealer
imej : google




Sekarang idea dari suami saya . diisikan ikan yang dah direbus  untuk 1 kali makan sebanyak 2 ekor dan dimasukkan dalam plastik serta di seal. Sungguh selamat dan ideal sekali cara penyimpanan nya. Bersih dan praktikal. Suami memang suka organize benda benda seperti ini .
Tiada lagi ikan yang busuk dan tiada lagi lalat yang suka menghurung . Kerja memasak saya pula semakin senang .

Mudahnya jika kita tahu mengurus kan nya !

Zulhijjah dan Qurban


teks; zawiah daud
foto; google imej



Bulan Zulhijjah


Hari ini sudah 4 Zulhijjah . Bermakna tidak berapa hari lagi kita akan menghadapi Hari Raya Qurban.
Pada yang sedang berada di Kota Mekah hampirnya sudah waktu wukuf. Perjalanan hakiki seorang abdi  dambaan setiap hamba untuk ke sana  Makkah Al Mukarramah .

Pada awal 10 hari Zulhijjah banyak kelebihan yang kita sebagai abdi boleh menggapainya nya. Hari ini saya meraikan bulan Zulhijjah dengan berpuasa sunat . Mudahan Allah mengampuni dosa dosa saya dan menerima amal saya yang sedikit ini . Allahumma ameen.

Bercakap berkenaan Hari Raya Qurban . Kelantan adalah negeri yang meriah apabila menyambut Hari Raya Qurban. Rata rata kami semua menyembelih lembu  korban. Sampaikan suami saya pun sudah pandai melapah daging dan kepala lembu untuk diambil otak lembu . Kami memang suka masak otak lembu. Kenangan arwah mama memasak kerutup otak lembu. Cakap apa saja yang hendak dimakan dengan segera mama memasaknya .

suasana menyembelih lembu pada hari raya qurban
imej : google


Pada pagi hari Raya Qurban kami berduyun duyun pergi bersembahyang hari raya di masjid. Selepas selesai  solat hari raya bergegas kami ke tempat penyembelihan lembu . Anak anak lah yang paling seronok.  Membawa kapak, pisau dan baldi . Yang lelaki menukar pakaian kepada pakaian kerja . Kaum adam  akan bekerja bertungkus lumus memegang lembu dan melapah daging. Yang perempuan akan sibuk didapur menyediakan bahan bahan utama untuk memasak .
Biasanya hidangan yang sering disediakan adalah singgang daging kelantan , Daging goreng atau pun sup tulang . Berbekwoh/berkenduri  lah kami semua. Betapa ukhwah yang manis disini. Kami menjamu selera sambil berborak sakan. Silatun yang dibina disini antara anak beranak keluarga ipar duai sahabat handai dan jiran tetangga. Diharap tradisi begini bisa diteruskan oleh anak cucu kita nanti.


Rentetan dari peristiwa Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi ismail yang di arahkan oleh Allah untuk berkorban .


Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan. Bersama  kita hayati kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.






Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, 
“Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, 
“Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.


Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111


Ujar Ustaz setiap tahun wajarlah bagi kita abdiNya berkorban ( pada yang mampu ) untuk menunjukkan kesungguhan kita bahawasanya kita ini taat dan berterima kasih pada Allah .

Tahun ini kami akan berhari raya Qurban di KL sahaja, memandangkan anak anak tidak mempunyai cuti yang panjang . Pada hari ke2 mereka perlu pulang ke asrama . Ini juga kami perlu berkorban rasa kerana tidak dapat pulang ke kampung bersama sanak saudara untuk melaksanakan ibadah Qurban pada tahun ini.






Selamat Hari Raya Qurban dari saya dan keluarga untuk semua warga Islam .
Maaf kami pinta jika ada kesalahan dalam berinteraksi di alam maya ini . 

Wednesday, September 24, 2014

Sebuah Kematian Itu

google 


teks:zawiah daud
foto : google imej


Hidup kita ini tidak selalunya indah riang dan ceria. Kenapa begitu ?
Kematian semalam meninggalkan kesan mendalam pada diri saya ini. Saya terfikir fikir bila pula tiba giliran saya .
Bagimana pula dengan kematian saya ?

Allahu saya begitu terkesan dengan pemergian ayah mertua saya yang teramat baik. Beliau pendiam . Dan beliau adalah bilal masjid suatu masa dulu ketika masih sehat. Begitulah saya jika berlaku sesautu peristiwa yang teramat menyentuh hati saya jadi terlalu mendalami nya. Saya seakan mengkajinya dari sudut hati dan jiwa.

Saya terfikir juga kesusahan kita ini adakah ianya ujian atau kaffarah ?
Allah memberi jawabanNya   di Tv Al Hijrah di Rancangan Cinta Ilmu dengan penceramahnya Ustaz Badli Shah. Ujar beliau setiap kita ini manusia yang berupa hamba kepada Tuhannya akan tidak lepas untuk menerima ujian kesenangan dan susah.

Ujian atau musibah itu adalah untuk meningkatkan diri kita  samada menuju kearah kebaikan atau sebaliknya. Untuk mempertaruhkan iman kita menuju kematian. Meningkat nya iman juga pada ketika ujian ini . Samaada kita makin dekat atau jauh dengan Pencipta .
Kaffarah adalah penghapus dosa dosa kecil kita.
Allahu betapa cetek nya ilmu saya .
Saya mohon doa  "Allah berikanlah kefahaman pada ilmu Mu Ya Rabb ."




Al Fatihah buat ruh ruh arwah
bapa saya (Mohd Daud bin Salleh )
mama saya ( Zainab bt Daud )
ayah mertua saya ( Omar bin Ahmad)


Doakan saya terus istiqamah untuk berkongsi penulisan disini .

zawiah daud

Friday, September 19, 2014

Assalamualaikom


Teks ; zawiah daud



Kampung adalah tempat yang sejahtera.



Pada Sabtu lepas 13/09/2014 kami balik kampung lagi . Ssemenjak akhir akhir ini agak kerap kami balik kampung.

Perjalanan balik kampung kali ini kami tidak melalui jalan biasa untuk ke Pantai Timur. Kami melalui hiway Utara - Selatan . Sampai di persimpangan dan tol simpang Pulai kami masuk ke sana untuk ke Cameron Highland. Dari Cameron Highland kami terus ke Gua Musang . Dari sana pula kami terus pula ke Dabong / Jeli keluar ke Rantau Panjang .
Walaupun perjalanan agak jauh sedikit lebih 50km, tetapi perjalanan kami agak selesa kerana jalan disini dua lorong dan kurang kenderaan dan kurang  lori lori balak yang lalu lalang .  Kami suka menikmati suasana kampung yang amat tenang. Melihat lihat perkampungan orang asli yang jauh di kawasan pedalaman . Agak menenangkan dan mententeramkan jiwa kami.

Walaupun kurang kenderaan masih perlu juga berhati hati . Keadaan bukit yang tinggi juga amat menggerunkan dengan jurang yang dalam dan bergaung . Dalam keadaan yang tenang pun , tidak kurang juga kenderaan yang kemalangan . Nauzubillah himinzalik .

Saya suka balik kampung . Adakalanya selepas balik kampung kesihatan agak menurun sedikit mungkin juga kerana kepenatan atau sebaliknya . Kami anak beranak memang berjiwa kampung.




Tuesday, September 9, 2014

Jangan Bersedih





Jangan Bersedih
Allah kan ada.


Inilah video yang telah berapa lama dalam simpanan saya . Apabila saya merasakan hidup ini terlalu perit dan lelah inilah video yang saya tatap.

Ujar Dr Asri , bila Allah bekehendakkan kebaikan untuk kita , dunia tidak boleh berbuat apa apa .








Sunday, September 7, 2014

Tips Ceria Sepanjang Hari


happy 



Teks : zawiah daud
Foto : google imej


Mood  kala bangkit pagi akan membuatkan mood kita ceria atau sebaliknya.
Jika kita bangun berasa  letih dan cepat marah, kita cenderung untuk kekal malas sepanjang hari. Jika kita mempunyai sesuatu yang dirancang untuk hari ini daripada kita harus bangun dan 'menenangkan' diri kita . Semua mood kita bergantung kepada berapa baik kita tidur (value) dan bagaimana kita bangun pada waktu pagi. Kita perlu mempunyai kekuatan dan stamina untuk melalui tugas-tugas harian dan untuk itu kita perlu ada satu pagi yang segar dan sihat.

Mari kita lihat dari aspek Islamik bagaimana untuk terus kekal berstamina dan kekal bersyukur untuk tugasan kita seharian itu.



baby sleeping
imej : google


1 . Tidur yang berkualiti .


Masa tidur untuk orang dewasa memerlukan 8-9 jam. Namun sekarang rasa saya sudah susah untuk mendapatkan tidur yang mencukupi sebegitu . Melainkan 6-7 jam sudah agak mencukupi.
Rehat dan tidur yang betul mencukupi .
Dahulu saya amat susah untuk mendapat tidur yang lena dan betul segar untuk bangkit seawal pagi .

Saya di ajar oleh Ustaz , dan ia adalah amalan Sidna Nabi s.a.w
Sebelum tidur malam
Duduk sekejap sambil membaca
Al Fatihah 3x
Ayatul Qursi 3x
Qul ahad 3x
An Nas 3x
An Falaq 3x
Alhamdulillah sudah hampir beberapa tahun saya amalkan ini. Saya mendapat lena yang rasa cukup dan tidak dihambat mimpi ngeri dan menakutkan .

Seawal bangkit pagi saat mencelik mata zahirkan di hati kita kesyukuran .
Dapat menghirup udara ,dapat melihat, dapat mendengar .
Apabila memijak lantai pula, ucap syukur kerana Allah izinkan kita memijak buminya .Ucaplah kesyukuran dengan penuh kejiwaan .Bukan sekadar di mulut. Kerana sadar itu dihati bukan di mulut .

Inilah amalan nya . Nah silakan kita mengamalnya .
Saya ingin berkongsi , kerana dalam 1000 yang mendengar tidak semua yang mahu mengamalnya. Jika seorang yang mengamalnya ianya sudah cukup menggembirakan .Inilah pahala saya !




imej : google
feeling free (empowered) 


2. Rasa Bebas


Kita merancang ribuan perkara semasa kita berbaring untuk tidur . Pelbagai dan seterusnya kita merasa serabut dan begitu kita susah untuk lena . Dari yang gembira kepada ynag perkara memeningkan.
Bagaimana untuk elakkan benda benda ini semua ?
Sebelum tidur kita ambil sekeping kertas , tulis dan catit apa yang kita ingin lakukan esok hari . Inilah caranya untuk elakkan otak kita berserabut tidak tentu pasal.

Amalakan  memaafkan semua orang .
Terlebih dahulu maafkan diri sendiri.
"zawiah , aku maafkan kamu zawiah"
aku maafkan semua orang.
aku maafkan ( sebut nama orang yang paling kita marah ).
Percayalah !
Memaafkan adalah satu ubat yang paling baik . Ia adalah pengubatan yang holistik .
Ia adalah ubat hati yang paling istimewa.




yoga
imej :pintereset 


3. Senaman atau Yoga


Membuat senaman ringan amat menyegarkan minda dan badan sebelum tidur .
Percayalah ! Ianya memudahkan kita untuk mendapatkan tidur yang berkualiti .

Disini saya sertakan beberapa jenis Yoga yang sering saya amalkan.
Biar sedikit asalkan ianya istiqamah .







4. Sarapan yang sihat

Perut kosong pada waktu pagi mengalihkan perhatian anda dan memecah tumpuan  semasa kita bekerja, dan membuatkan kita  hanya berfikir tentang makanan. Jadi mempunyai sarapan yang baik membuatkan kita berasa segar dan aktif sepanjang hari.


 Kita perlu makan sarapan yang sihat setiap hari. Jika ada antara kita yang sedang berusaha  untuk mengurangkan berat badan, sarapan yang sihat adalah perlu.   Sarapan seperti  cecair yang  kaya dengan nutrien seperti jus atau shake juga  bijirin kegemaran anda.

Gantikan minuman yang biasa diambil kepada jus atau shake yang sehat . Milo ditukar kepada koko tamar . Jus dan shake yang di blend sendiri adalah baik untuk pelawasan . Jus mangga dan strawberi adalah sangat sedap dan mengenyangkan ditambahkan pula dengan yoghurt . Tentunya mengenyangkan.

Cubalah beralih dari supplement yang terdapat di farmasi kepada makanan "wahyu ".
Habatusauda , jus delima dan jus kurma serta extra virgin olive oil sememangnya makanan sunnah Sidna Nabi s.a.w.
Sarapan dan corak pemakanan kita  adalah berkait rapat dengan kesihatan kita.









5. Persekitaran dan keadaan tempat tidur


Tempat tidur yang selesa adalah keutamaan . Kita akan selesa tidur di tempat beradu kita jika ianya bersih dan tenteram .
Elakkan dari bermain henfon dikala ingin tidur. Jangan letak henfon anda disekitar tempat tidur . Jika ada access intenet tutupkan laluan intenetnya . Kain baju yang berselerak di tempat tidur juga menganggu minda kita untuk rasa tenang .







6. Mendengar Muzik


Muzik membantu mewujudkan persekitaran tenaga positif . Muzik juga membantu kita berasa segar dan bertenaga kerana kita akan berada pada " tune " gembira.
Dikatakan bahawa muzik boleh merangsang otak kita.

Dari sudut Islamik , cuba kita mendengar alunan bacaan Al Quran dan Zikir . apa yang kita rasa?
Tentunya ia menerbitkan ketenangan yang sukar di ucapkan dengan kata kata.
Saya lebih cenderung mendengar daripada menonton  televisen . Kerana saya adalah orang audio .



"True change has to come from the inside".





Add caption


7. Minum air kosong


Minum segelas air kosong kala bangkit pagi dapat memberikan permulaan yang baik . Pernah saya mendengar dari seseorang ianya cara  untuk awet muda .  Minumlah air kosong seawal bangkit pagi . Ianya tidak perlukan bayaran yang mahal . Cukup sekadar kita istiqamah untuk kita kekal awet muda dan cantik.

Memulakan sesuatu yang baik adalah bermula dari niat. Niatkan untuk kesihatan .
Dan amalkan berselawat. Mudah2an yang indah indah adalah milik kita .






8. Relaxing




Cara dan teknik pernafasan yang betul membantu kita untuk rilex dan tenang .
Jika kita marah , perhatikan nafas kita. Turun naik dengan cepat.

Cara pernafasan yang betul adalah kita sedut dengan hidung hembus dengan mulut . 'Lakukan sebanyak 10 kali. Dalam keadaan ini kita akan berada pada tahap alpha. Pada tahap alpha kita mampu bertenang .

Caranya adalah : -
Sebelum bermula ucaplah Bismillah , Salawat dan Al Fatihah ( ini saya pelajari dari guru saya )

1. Sedut 2x dengan hidung
2. Tahan nafas 5x
3. Lepaskan  nafas 8x hingga berbunyi  "hah "

Ulang sebanyak 10 kali. Apa yang anda rasa?
Alpha kan ? Rasa kosong dan tenang !

Berlatih lah untuk tingkatkan relaxation kita ini .
Kita mampu bermujahadah bila kita berada senantiasa dalam ketenangan dan alpha !
Ianya umpama meditasi yang amat baik .


Amalan yang istiqamah mampu membawa kita kepada kejayaan yang besar.
Doakan kita sentiasa mampu beristiqamah .


Jumpa di lain entri .
Doakan saya ya sahabat .
zawiah daud




p/s
Fuhhh, saya mencabar diri .
Menulis entri ini memakan masa 4 hari sambil membuat kerja rutin rumahtangga dan
sambil mencari bahan penulisan .