Monday, September 29, 2014

Zulhijjah dan Qurban


teks; zawiah daud
foto; google imej



Bulan Zulhijjah


Hari ini sudah 4 Zulhijjah . Bermakna tidak berapa hari lagi kita akan menghadapi Hari Raya Qurban.
Pada yang sedang berada di Kota Mekah hampirnya sudah waktu wukuf. Perjalanan hakiki seorang abdi  dambaan setiap hamba untuk ke sana  Makkah Al Mukarramah .

Pada awal 10 hari Zulhijjah banyak kelebihan yang kita sebagai abdi boleh menggapainya nya. Hari ini saya meraikan bulan Zulhijjah dengan berpuasa sunat . Mudahan Allah mengampuni dosa dosa saya dan menerima amal saya yang sedikit ini . Allahumma ameen.

Bercakap berkenaan Hari Raya Qurban . Kelantan adalah negeri yang meriah apabila menyambut Hari Raya Qurban. Rata rata kami semua menyembelih lembu  korban. Sampaikan suami saya pun sudah pandai melapah daging dan kepala lembu untuk diambil otak lembu . Kami memang suka masak otak lembu. Kenangan arwah mama memasak kerutup otak lembu. Cakap apa saja yang hendak dimakan dengan segera mama memasaknya .

suasana menyembelih lembu pada hari raya qurban
imej : google


Pada pagi hari Raya Qurban kami berduyun duyun pergi bersembahyang hari raya di masjid. Selepas selesai  solat hari raya bergegas kami ke tempat penyembelihan lembu . Anak anak lah yang paling seronok.  Membawa kapak, pisau dan baldi . Yang lelaki menukar pakaian kepada pakaian kerja . Kaum adam  akan bekerja bertungkus lumus memegang lembu dan melapah daging. Yang perempuan akan sibuk didapur menyediakan bahan bahan utama untuk memasak .
Biasanya hidangan yang sering disediakan adalah singgang daging kelantan , Daging goreng atau pun sup tulang . Berbekwoh/berkenduri  lah kami semua. Betapa ukhwah yang manis disini. Kami menjamu selera sambil berborak sakan. Silatun yang dibina disini antara anak beranak keluarga ipar duai sahabat handai dan jiran tetangga. Diharap tradisi begini bisa diteruskan oleh anak cucu kita nanti.


Rentetan dari peristiwa Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi ismail yang di arahkan oleh Allah untuk berkorban .


Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan. Bersama  kita hayati kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.






Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, 
“Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, 
“Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.


Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111


Ujar Ustaz setiap tahun wajarlah bagi kita abdiNya berkorban ( pada yang mampu ) untuk menunjukkan kesungguhan kita bahawasanya kita ini taat dan berterima kasih pada Allah .

Tahun ini kami akan berhari raya Qurban di KL sahaja, memandangkan anak anak tidak mempunyai cuti yang panjang . Pada hari ke2 mereka perlu pulang ke asrama . Ini juga kami perlu berkorban rasa kerana tidak dapat pulang ke kampung bersama sanak saudara untuk melaksanakan ibadah Qurban pada tahun ini.






Selamat Hari Raya Qurban dari saya dan keluarga untuk semua warga Islam .
Maaf kami pinta jika ada kesalahan dalam berinteraksi di alam maya ini . 

No comments:

Post a Comment