
Teks : zawiah daud
Foto: google
Beberapa hari lepas pulang dari kampung , saya bercadang untuk membeli power bank .
Ini kerana semasa dalam perjalanan kami gunakan penunjuk jalan WAZE , maka bateri henfon perlu untuk di caj . Saya memang agak malas untuk keluar dan bersesak dengan jem jalanraya dan juga menghabiskan masa di luar. Orang yang seperti saya ini lah yang dicari oleh penjual online. Masaalah pengguna adalah nikmat untuk penjual.
Suami mencadangkan saya membeli di Lazada.com dengan memberi linknya di Facebook . Setelah membuat pilihan suami cadangkan untuk saya membeli item yang dicaputure dan ditunjukkan di Fb. Saya terus klik untuk membuat belian . Istimewanya di Lazada , kita boleh memilih samaada untuk COD atau buat bayaran online .Saya memilih untuk COD. setelah beberapa hari berlalu , dan merasa agak lama juga ( dalam 4/5 hari ), barang saya belum sampai ke tangan . Hairan juga saya , bagaimana gerak kerja mereka di Lazada. Saya bertanyakan beberapa kawan di fb , mereka berkata tiada masaalah selalunya pembelian mereka, dan saya diminta untuk membuat panggilan kepada customer service. Agak liat untuk saya membuat panggilan , dan saya hanya emailkan sahaja kepada customer service mereka dan terus mendapat jawapan. Dan pada petang itu juga , item saya diterima dengan selamatnya . Betapa terujanya saya , kerana ianya sungguh senang berurusan dengan Lazada.
Sepatutnya kita peniaga online pun perlu ada web , customer service dan COD juga.
i wrote to inspire others
Zawiah Daud
No comments:
Post a Comment