Sunday, August 3, 2014

Syawal 2014





Teks: Zawiah  Daud
foto: google

Syawal Part 1

Assalamualaikom,
tidak terlewat untuk saya ucapkan Salam Syawal buat semua kawan dan sahabat taulan.

Raya tahun ini tidak banyak bezanya dengan raya tahun tahun lepas, sudah 7 tahun saya beraya tanpa abah dan 5 tahun tanpa mama.
Tapi saya masih punya suami dan anak anak yang saya sayangi.
juadah yang disediakan pun sentiasa ala kadar, kerana diajar dengan berbelanja dibawah kemampuan.
berbelanja atas kemampuan adalah untuk sedekah sahaja , kerana itu lah belanja akhirat kami.

Itulah harta saya dunia dan akhirat.

Tahun ini kami tidak tempuh jem untuk balik beraya ke kampung.
Perjalanan kami tahun ini, tenang tanpa jem.
Keputusan yang diambil suami untuk melalui jalan hiway utara selatan- simpang pulai- lojing CH - Dabong- jeli- Panglima Bayu- rantau panjang dan terus ke kota bharu dirasakan amat selesa tanpa meredah kepadatan kenderaan .


bersambung !( insya Allah )

No comments:

Post a Comment