Monday, July 21, 2014
Ramadhan kali ini 2014
Teks: Zawiah Daud
Imej : zawiah daud koleksi masakan semalam ( telur masak kicap).
Assalamualaikom,
Hari ni, insya Allah sudah masuk hari 24 Ramadhan, bermakna kita makin menghampiri kepada akhir Ramadhan dan Syawal akan bakal menjengah.
Ramadhan kali ini, kami tinggal berdua sahaja, kedua anak anak masing masing sudah masuk asrama.
Rasanya kali ini lah tahun paling simple kami berbuka.
Dengan kepak ayam goreng garam kunyit bersambalkan sambal jantan ( cili api + garam), berulamkan ulam timun .
Air pula tea o dan jus tembikai berselang seli dengan jus mangga.
Alhamdulillah, nikmat ini kami menadah tangan dengan bersyukur.
Hampir setiap hari jiran sebelah kiri rumah kami menghantar makanan,alhamdulillah .
"Maka nikmat yang mana lagi kau dustakan "
Setiap kali Ramadhan , kami kurang suka sangat lauk lauk yang berkuah, apalagi berkuah lemak.
Cukup sekadar masak kering kering sahaja.
Antara nya ayam masak kicap juga menjadi pilihan utama kami .
Bazaar Ramadhan sudah beberapa tahun tidak kami jengah.
Makanan di bazaar tidak menepati citarasa kami.
Mudah mudahan Allah terima amalan kami ini.
I write to Inspire Others
Zawiah Daud
Ramadhan 24
Labels:
catatan harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment