Sunday, August 3, 2014

Salam Syawal dan biz

Salam Syawal dan biz.





Teks :Zawiah mohd Daud
foto; zawiah


Assalamualaikom,

Salam Syawal.

Kami sekeluarga memang suka dengan nasi Arab, walaupun bukan asal orang Arab . Dek sebab itulah saya mencuba rempah nasi arab ini. Dan ianya menepati citarasa kami dan ia juga senang yang amat untuk dibuat. Sama rasa seperti nasi arab original. Betul. Kalau tidak percaya kena cuba!
Saya bermula dengan 10 pek pada mulanya. Dalam hati saya, saya cubalah dulu sambil-sambil tunjukkan kepada adik-beradik.
Bermula dengan posting saya di Fb, saya mula menerima tempahan dari kawan sekolah saya. Kebetulan pula kami akan mengadakan Reunion di Grand Dorsett Hotel, maka dia memesan supaya membawa rempah untuk nya pada hari tersebut. Namun, rempah tersebut telah diambil oleh kawan saya yang lain. Memandangkan kawan saya yang menempah itu tinggal berhampiran dengan saya, jadi saya serahkan tempahan dia pada hari yang lain.
Bermula dari situ, seorang demi seorang mula membeli. Inilah yang dikatakan "word mouth to mouth" ( viral ). Pemasaran yang paling berkesan. Bukan saya yang bercakap tetapi pelanggan yang tolong promosikan.
Jadi pada bulan puasa baru-baru ini, alhamdulillah saya menerima tempahan sebanyak 200 kotak. Walaupun bukannya untung yang banyak, namun saya puashati kerana ia dapat membantu menyelesaikan masaalah orang.
Adik saya sendiri meminta 30 kotak tetapi saya hanya dapat memberikan 20 kotak sahaja kepada nya.
Ramai yang membeli stok 6 kotak seorang untuk stok raya. Masaalah pelanggan adalah peluang bagi penjual. Inilah yang saya belajar dari guru guru yang berpengalaman .
Pertama kali masaalah saya yang suka sangat dengan nasi arab sudah selesai! Dan saya juga dapat menyelesaikan masaalah kawan dan sahabat yang juga suka dengan nasi arab.

Mudah mudahan Allah terima amal kami.


I write to inspire others
zawiah mohd daud
2.08.2014

p/s edited 8/08/2014 (aishah)




No comments:

Post a Comment