Ianya PASTI !
teks : zawiah daud
foto: zawiah daud ( Kubur arwah Mama dan Abah di Beris Kubur Besar,Kelantan)
Satu kemestian buat kami Apabila balik kampung, menziarahi ke kubur arwah abah dan mama .
Kami anak beranak membersihkan rumput rumput sekeliling nya, sambil bersedekahkan Al Fatihah buat mama dan abah.
Ianya seperti rutin buat kami.
Sudah masuk 7 tahun abah tinggalkan kami, dan sudah masuk tahun ke 6 , arwah mama menyusul.
Dan kita pun akan bakal menyusul juga, kerana ianya adalah PASTI !
Balik kampung beraya hari tu , sempat juga kami menziarah nenek (ibu sebelah mama),yang umurnya sudah lanjut , sudah hampir nyanyok. Dan juga sudah terlalu uzur.
Dan malam tadi, kami mendapat panggilan nenek sudah kembali ke rahmatullah pada jam 9.52 mlm hari Isnin malam.
Inna lillah hiwainna ilahirojiunn.
Petang ini , aku akan naik Firefly untuk balik kampung lagi sekali.
Doakan aku selamat pergi dan balik, dilapangkan urusan dan diberi kesihatan untuk terus berkhidmat .
I write to inspire others
zawiah daud
5/08/14
No comments:
Post a Comment