Tuesday, November 11, 2014
Suri rumah pun boleh berjaya
imej : sendiri
dari hp lenovo .
Assalamualaikom wbt.
Dahulu saya selalu malu dan rasa kurang keyakinan diri.
Apabila orang bertanya , kerja ke?
Saya terkesima, antara ingin menjawab atau tidak.
Dalam hati menggerutu , asik asik soalan ini yang ditanya.
Sekarang tahap keyakinan sudah ada. Walaupun belum sampai 100% namun keyakinan terhadap Allah sudah ada.
Rupanya betapa ramai ibu ibu diluar sana yang ingin menjadi suri rumah untuk menjaga dan mendidik anak sendiri.
Pernah ipar saya menegur saya.
Tidak bekerja , tak ada duitlah. Jaga anak mudah sahaja. Itu kata kata mereka , tidak saya !
Saya senyum dalam pahit.
Dalam hati bertekad ingin mendidik anak anak saya hingga ke peringkat tertinggi walaupun saya seorang suri rumah.
Pada masa itu hati saya menggumam berseorangan. Payah untuk menerima teguran orang. Hati ini pedih dan sakit.
Ada disudut hati dendam untuk menunjukkan yang terbaik.
Sesungguhnya saya ini lemah. Saya memohon keampunan pada Alloh.
Saya tahu kejayaan dan kebahagiaan itu bukan hak kita, ia adalah hak Alloh.
Sekarang anak anak saya sudah melepasi tahap persekolahan biasa. Mereka semua sudah masuk asrama dan motivasi untuk anak anak sudah berlainan dari zaman mereka bersekolah.
Mak, kalau kakak tak dapat score untuk semester ini , mak marah ke?
Kakak ada belajar?
kakak main ?
Tak lah mak.
Kalau macam itu , jika ada kekurangan kakak kena usaha lagi. You must try your good work .
Jangan stress dan tertekan untuk belajar.
Semuanya kita niat untuk Alloh.
Mak, macamana nak niat belajar untuk Alloh ?
Ya pepagi niatkan sahaja, aku belajar ini untuk Mu Ya Alloh.
Salawat dan teruskan usaha dan perjalanan kita .
Fokus.
Baik mak.
Insya Alloh nak. Alloh akan membimbingmu dan tunjukkan mu jalan yang betul dunia dan akhirat.
Mak dan ayah doakan anak anak sentiasa mendapat hidayah dari Alloh. Berjaya di dunia dan juga akhirat.
Beberapa tips dan langkah untuk diamalkan :-
Luangkan masa beberapa minit untuk betul betul fokus dengan anak anak.
Biasanya dalam lingkungan 1/2 jam sudah memadai.
Lihat kerja sekolah mereka. Bersama sama mereka membuat latihan .
Dengari apa sahaja usul dan usaha mereka.
Jangan ada bantahan . Apabila mereka bertanyakan sesuatu . Beritahu apa yang kita ketahui. Jika kita tidak ketahui jawapannya usahakan sama sama mencari jawaban nya.
Buat mereka merasa seronok unuk membuat latihan dan kerja kerja sekolah.
1/2 jam adalah masa yang berharga bersama mereka.
Anak anak perlukan kasih sayang .
imej : stockphoto
Tuesday, October 14, 2014
Hitam Hitam Si Tampuk Manggis
Friday, October 10, 2014
Kegembiraan itu
![]() |
| wajah wajah kegirangan Ex Zainab School |
![]() |
| bersama kawan baik |
![]() |
| kami berkawan baik dengan chinese girl juga |
![]() |
| tidak habis di ruang dalam . di lobi pun masih tidak mahu balik . |
![]() |
| gembiranya kami seperti anak anak Ribena |
teks :zawiah daud
foto : saya abadikan ia disini(koleksi peribadi )
Bertemu kawan kawan seperkolahan memang sangat sangat menggembirakan hati . Kami sama sama mengharungi suka duka alam persekolahan. Seronok tidak terkata apabila kami dapat membuat Re union di Hotel Grand Dorsett pada awal April 2014 baru baru ini.
Semua berdebar debar menunggu harinya. Di group whatss app kami berborak sakan . Tidak terkata suka dan seronoknya. Masing masing mengimbau keseronokan zaman sekolah . Engkau semeja dengan siapa ? Engkau pakai baju apa ? Pelbagai cerita.
Iktibarnya :
Kesenangan dan ketenangan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit .
Allah memberi apa yang kita mahu ,jika mahu dunia dunialah yang Allah beri.
Ya jika kita diberi dunia .
Dapat dapat membeli apa sahaja dengan wangnya tetapi kegembiraan , ketenangan dan masa tidak dapat dibeli.
Masanya terbatas. Masanya adalah bekerja .
Kita tidak akan dapat mengaut 2 keuntungan dalam satu masa. Dapat satu pasti hilang satu .
Dan saya berfikir , betullah janji Allah.
Jika engkau mahukan dunia Aku berikan . Seenaknya lah engkau menikmatinya. Sampai engkau lupakan Aku Sang Pemberi Nikmat itu .
Saya doakan kawan baik saya itu diberi hidayah oleh Nya .
![]() |
| masuk paper Utusan . |
Wednesday, October 8, 2014
Kenapa Al Quran ?
teks ; zawiah daud
foto : panasonic DMC FZ40
Kenapa Al Quran ?
Dahulu suatu ketika dulu .
Saya selalu berniat untuk membaca al quran barang 1 mukasurat sehari sudah memadai . Tapi niat saya itu sekadar niat juga. Berpuluh puluh tahun menyimpan hasrat ini. Kadang 1 bulan 2/3 bulan sekali baru dapat menghadap al quran dengan tadabburnya.
Mengapa begitu saya ini ? Arwah nenda saya seorang qari suatu masa dulu dan guru Al quran . Masih saya ingat ketika membaca al quran bersama nenda yang kami panggil Cik Wa. Untuk habiskan ayat bismillah itu pun mukanya sudah tersengguk ke depan mahu saja mencecah al quran . Saya ini cucunya yang nakal selalu saja menyergah beliau dengan berkata ‘hah’. Ketika itu saya masih bersekolah rendah .
Terpisut pisut Cik Wa menyapu mukanya kembali. Ketika itu umur cik Wa sudah lanjut. Tapi beliau tidak berkaca mata. Cik Wa tidak nyanyuk.
Sekarang baru saya tahu dan faham . Orang yang hafaz Al quran dan mengajar Al quran matanya memang terang dan fikiranya segar . Allahu hebatnya ayat Mu Ya Alloh.
Berbalik pada niat saya . Semakin hari semakin kuat saya ingin membaca Al quran selembar semuka surat. Allahu hebat juga perancangan Alloh. Hebat juga pilihan Alloh. Saya diketemukan dengan ustazah Ainun Mardhiah yang sedang membuat Phd di UIA . Kami membentuk jemaah dan komuniti ODOJ ( one day one juzuk ) . Indah betul. Sekarang saya tidak risau lagi . Jemaah kami dapat membaca 1 hari 1 juzuk.
Dan saya dilantik mengetuai kumpulan saya sendiri . Saya berikan nama Famili al Quran 2 . Melalui teknologi kami bertadabur dan bertadarus . Kami bergerak melalui whatsapp apps di mobile henfon. Bukan kah ianya memudahkan ? Diberi tugasan. Keluarkan jadual . Tadarus dan tadabur .Dan di group kita share yang kita sudah bertadabur . Alhamdulillah done !
Ketika saya membaca Al quran saya jumpa banyak ayat ayat yang diajar suatu ketika dulu sebagai doa dan zikir.Dahulunya saya tidak tahu ia nya ayat ke berapa dan surah apa . Alloh indahnya hidup bersama Al quran . Betapa magik nya Al Quran .
Tips : Jika ingin mentadabur Al quran bacalah di awal pagi . Kerana saya sudah merasai kesannya. Membaca Al quran di awal pagi akan membuat semua urusan kita pada hari itu senang seperti air yang meluncur laju . Pahamlah saya . Inilah yang dikatakan kita jaga hak Alloh , Alloh jaga hak kita.
Tips ke 2: Sentiasa sediakan penanda . Bila terjumpa ayat yang kita sudah membacanya sebagai doa terus tandakan . Gunakan penanda seperti di gambar .
Alpha Zone ?
![]() |
| Add caption |
foto : stockphoto
Ada apa dengan alpha zone ?
Apa itu alpha zone?
Saya mengenali alpha zone ketika bersama dalam seminar bersama Prof Dr Muhaya Mohamad. Beliau bercerita dan mengajar tentang teknik alpha zone ini. Rupanya kita perlu menggerakan otak separa sedar kita ini agar kita berjaya dan imaginasi akan jadi kenyataan .
Selepas satu satu saya diberi pengetahuan tentang teknik alpha zone ini. Demikian juga dengan pak guru yang mengajar saya . Juga semasa seminar bersama Dr Azizan Osman yang mana beliau adalah pengamal teknik NLP.
Saya memang berminat sekali dengan teknik NLP . Ditemukan pula dengan pengamal teknik NLP Ateh Zuhairi Nopiah . Dan saya pun terus mendalami teknik NLP dan LOA. Masya Alloh hebatnya Alloh. Daya imaginasi kita ini berupaya mengubah minda separa sedar kita ini mendapat apa kemahuan yang kita inginkan.
Perkara yang ada dalam lintasan minda kita akan menggerakkan minda sedar kita. Kata Prof ia lebih senang dipanggil minda segar.
Sebab itu kita perlu laksanakan pernafasan kita dengan betul supaya selalu berada dalam keadaan alpha dan positif. Keadaan positif ini menjadikan kita sentiasa bersangka baik dengan Alloh.
Bagaimana tu ?
Iya , Allah adalah mengikut sangkaan hambaNya.
Situasi alpha zone pada tahap tinggi :
- ketika hendak tidur
- bertenang ( zon pernafasan )
- sujud
Di ABS ( Ainon Busines School ) Puan Ainon yang pakar dalam bidang psikologi mengajar kita untuk berhati hati menuturkan kata kata kerana dengan kata kata ianya berupaya membuat orang benci dan sayang kita. Ayat yang betul dan sempurna adalah kunci kejayaan bagi seseorang .
Bayangkan bila kita hendak memandu . Capai kunci , hidupkan kereta, tekan pedal tarik gear auto ke arah D . Adakah kita merancangnya ? Tidak . Ianya sudah di set di minda kita bahawa itulah yang kita lakukan rutin untuk memandu kereta .Pergerakan ini berulang ulang . Ianya dikawal minda segar kita
foto : clipart and stockphoto
Nah disinilah kita harus berdoa kerana kita berada didalam alpha zone dan minda segar kita diaktifkan . Dan disinilah Allah mungkin makbulkan doa kita. Makbulkan tidak sama dengan mustajab . Makbul ini tidak tahu bila kita akan dapat doa kita itu. Dan mustajab itu kita akan dapat terus doa kita itu.
Contohnya Allahu aku nak makan lasagna lah. Aku tidak punya wang untuk membelinya. Lantas secepat nya Allah menghantar lasagna ke pinggir muka kita. Itulah mustajabnya doa kita . Oleh itu teruslah bersangka baik senantiasa. Kerana Alloh sentiasa bersama hamba hambaNya yang senantiasa meminta minta kepadaNya.
sahabat !
Doakan saya terus istiqamah untuk terus berkongsi disini .
zawiah daud
3.40 pm hari rabu
Monday, September 29, 2014
Mudahnya Memasak Di Dapur
![]() |
| ikan rebus yang siap diseal . bersih dan praktikal |
Teks: zawiah daud
foto : google
Mudahnya Memasak Di Dapor
Saya ini memang suka sangat memakan ikan rebus. Saya tidak pernah pula membeli yang siap di rebus. Dulu semasa saya mula menetap di Kuala Lumpur amat pelik sekali saya lihat ramai yang membeli ikan rebus yang siap . Saya tertanya tanya apakah mereka tidak pandai untuk merebus atau sebaliknya ?
Saya tidak pula teringin membelinya kerana pada hemat saya ianya kurang bersih . Direbus bersama perut ikan .
Arwah mama dulu selalu rebus ikan . Samaada ikan selayang atau ikan kembong kecil . Senang saja untuk merebusnya .
Ikan yang sudah direbus ini sedap jika digoreng garing dan dimakan bersama sambal belacan berserta ulaman .
Juga ikan rebus ini boleh dibuat rencah untuk yang suka memasak lauk seperti bening dan sayur pedas air Kelantan .
Ikan rebus ini juga boleh dibuat gulai lemak kuning dicampur dengan timun atau terong .
Senang kan !
Resipi Ikan Rebus
Ikan selayang dibasuh bersih
Masukkan dalam periuk atau besin (kami selalu gunakan besin yang khas untuk rebus ikan )
Garam
Asam keping secukupnya
Sedikit sahaja airnya
Saya selalu gunakan garam kasar .
Cara nya rebus di atas api yang sederhana kecil . Gunakan penutup untuk merebusnya .
Dalam masa 1/2 jam ianya akan siap .
Besen pula selalunya ada dijual di kedai kedai pinggan mangkuk . Kalau tidak silap ianya seperti pinggan ayan / pinggan besi .
| besin ayan imej : google |
Dahulu saya sering kebuntuan untuk simpan ikan rebus ini. Jika dibiarkan lama di luar tanpa dimasukkan dalam peti ais ianya akan mudah busuk dan dihurung lalat dan membiak dengan meletak telurnya. Jika dimasukkan dalam peti ais bersama besin ianya pula akan memakan ruang.
![]() |
| sealer imej : google |
Sekarang idea dari suami saya . diisikan ikan yang dah direbus untuk 1 kali makan sebanyak 2 ekor dan dimasukkan dalam plastik serta di seal. Sungguh selamat dan ideal sekali cara penyimpanan nya. Bersih dan praktikal. Suami memang suka organize benda benda seperti ini .
Tiada lagi ikan yang busuk dan tiada lagi lalat yang suka menghurung . Kerja memasak saya pula semakin senang .
Mudahnya jika kita tahu mengurus kan nya !
Zulhijjah dan Qurban
teks; zawiah daud
foto; google imej
Bulan Zulhijjah
Hari ini sudah 4 Zulhijjah . Bermakna tidak berapa hari lagi kita akan menghadapi Hari Raya Qurban.
Pada yang sedang berada di Kota Mekah hampirnya sudah waktu wukuf. Perjalanan hakiki seorang abdi dambaan setiap hamba untuk ke sana Makkah Al Mukarramah .
Pada awal 10 hari Zulhijjah banyak kelebihan yang kita sebagai abdi boleh menggapainya nya. Hari ini saya meraikan bulan Zulhijjah dengan berpuasa sunat . Mudahan Allah mengampuni dosa dosa saya dan menerima amal saya yang sedikit ini . Allahumma ameen.
Bercakap berkenaan Hari Raya Qurban . Kelantan adalah negeri yang meriah apabila menyambut Hari Raya Qurban. Rata rata kami semua menyembelih lembu korban. Sampaikan suami saya pun sudah pandai melapah daging dan kepala lembu untuk diambil otak lembu . Kami memang suka masak otak lembu. Kenangan arwah mama memasak kerutup otak lembu. Cakap apa saja yang hendak dimakan dengan segera mama memasaknya .
| suasana menyembelih lembu pada hari raya qurban imej : google |
Pada pagi hari Raya Qurban kami berduyun duyun pergi bersembahyang hari raya di masjid. Selepas selesai solat hari raya bergegas kami ke tempat penyembelihan lembu . Anak anak lah yang paling seronok. Membawa kapak, pisau dan baldi . Yang lelaki menukar pakaian kepada pakaian kerja . Kaum adam akan bekerja bertungkus lumus memegang lembu dan melapah daging. Yang perempuan akan sibuk didapur menyediakan bahan bahan utama untuk memasak .
Biasanya hidangan yang sering disediakan adalah singgang daging kelantan , Daging goreng atau pun sup tulang . Berbekwoh/berkenduri lah kami semua. Betapa ukhwah yang manis disini. Kami menjamu selera sambil berborak sakan. Silatun yang dibina disini antara anak beranak keluarga ipar duai sahabat handai dan jiran tetangga. Diharap tradisi begini bisa diteruskan oleh anak cucu kita nanti.
Rentetan dari peristiwa Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi ismail yang di arahkan oleh Allah untuk berkorban .
Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan. Bersama kita hayati kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya,
“Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan,
“Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.
Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111
Ujar Ustaz setiap tahun wajarlah bagi kita abdiNya berkorban ( pada yang mampu ) untuk menunjukkan kesungguhan kita bahawasanya kita ini taat dan berterima kasih pada Allah .
Tahun ini kami akan berhari raya Qurban di KL sahaja, memandangkan anak anak tidak mempunyai cuti yang panjang . Pada hari ke2 mereka perlu pulang ke asrama . Ini juga kami perlu berkorban rasa kerana tidak dapat pulang ke kampung bersama sanak saudara untuk melaksanakan ibadah Qurban pada tahun ini.
Selamat Hari Raya Qurban dari saya dan keluarga untuk semua warga Islam .
Maaf kami pinta jika ada kesalahan dalam berinteraksi di alam maya ini .
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)

.jpg)






.jpg)


.jpg)
.jpg)
.jpg)
